Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Jual beli dan pinjam pemain demi perkukuh pasukan

Kelab-kelab biasanya tidak berminat membeli pemain pada musim pindahan pemain pertengahan musim Januari demi mengelak harga yang melambung. Namun, beberapa kelab Liga Perdana England (EPL) telah bertindak demikian demi memperkukuh pasukan untuk beberapa sebab, termasuk meneruskan persaingan kejuaraan liga, merebut tempat Liga Juara-Juara Eropah atau kerana terdesak untuk mengelak tercicir ke divisyen lebih rendah musim depan. Bagaimanapun ada juga kelab EPL yang meminjamkan pemainnya ke kelab luar negeri. BERITA HARIAN menyorot beberapa pemain yang dijangka menarik perhatian di separuh kedua musim ini.
Feb 07, 2022 | 06:18 AM



Luis Diaz

£37.5 juta ($68.2j)

Porto ke Liverpool



Pemain asal Columbia ini berpindah ke Liverpool dari Porto dan dinggap sebagai satu ‘kemenangan’ bagi Liverpool kerana Diaz juga sedang dipikat oleh Tottenham Hotspur dan Manchester City.



Namun, pemain itu memilih menyertai Liverpool dan menerima gaji lebih rendah untuk bergandingan dengan Juergen Klopp.



Chiquinho

£3 juta

Estoril ke Wolves



Wolves hanya membayar £3 juta bagi pemain ini, tetapi Chiquinho mampu ‘meledak’ dalam EPL kerana beliau pemain yang lincah dan pantas menggelecek bola.



Namun, Chiquinho belum diuji di peringkat ini, dengan penglibatannya dengan Estoril, dalam liga Portugal sukar dijadikan ukur tara sebenar bagi kebolehannya.



Bruno Guimaraes

£35 juta

Lyon ke Newcastle



Guimaraes, yang diharap memperkukuh ‘midfield’ Newcastle United telah dibeli oleh kelab itu, antara pemain terbaru yang ‘diimport’ selepas Eddie Howe menjadi pengurus.



Pemain yang berasal dari Brazil itu, semasa menyarung jersi Lyon dalam Liga Satu Perancis tangkas semasa merebut bola dan mampu memulakan serangan dari ‘midfield’.



Namun, masih belum pasti sama ada beliau boleh melakukan yang serupa dalam Liga Perdana England (EPL) yang lebih kompetitif.



Philippe Coutinho

dipinjamkan

Barcelona ke Aston Villa



Satu ‘urusan’ bijak yang dilakukan oleh Aston Villa adalah mendapatkan Steven Gerrard sebagai pengurus dan ini membolehkan kelab itu menarik pemain handal seperti Coutinho.



Coutinho dari Barcelona yang bergandingan dengan Gerrard semasa di Liverpool menyahut cabaran bekas kaptennya itu untuk beraksi sekali lagi dalam EPL dan bersaing merebut tempat dalam skuad Brazil bagi Piala Dunia Qatar.



Beliau diharap dapat gantikan Jack Grealish – yang berpindah ke Manchester City – sebagai tunggak kreatif Villa.



Kieran Trippier

£12 juta

Atletico Madrid ke Newcastle



Pemain bek kanan England ini kembali ke tanah air untuk menyertai Newcastle selepas menyerantau dengan berjaya ke Sepanyol.



Beliau meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai ‘revolusi’ yang sedang berlaku di Newcastle.



Anwar El Ghazi

dipinjamkan

Aston Villa ke Everton



Pemain Belanda berusia 26 tahun ini popular dalam kalangan peminat Aston Villa, tetapi beliau memilih menyertai Everton bagi baki musim ini kerana ingin merebut tempat dalam skuad Belanda ke Piala Dunia.



Namun, kata-kata pemain sayap kreatif ini selepas dilepaskan oleh Villa kepada Everton kurang disenangi penyokongnya.



Beliau berkata beliau gembira kerana berpeluang menyertai kumpulan ‘besar’ seperti Everton.



Lucas Digne

£25 juta

Everton ke Aston Villa



Seorang pemain yang meninggalkan Everton yang bak ‘kapal karam’ ialah Digne, yang memilih untuk menyertai Steven Gerrard di Aston Villa.



Digne beraksi dengan baik di Everton tetapi penglibatannya dengan kelab itu tidak berkekalan.







‘TUKAR ANGIN’ KE LUAR EPL



Anthony Martial,

dipinjamkan 

Man U ke Sevilla



Berita beliau kurang senang hati dengan kedudukannya di Manchester United telah tersebar luas, dan ia diperkukuhkan lagi oleh hujah pengurus Ralf Rangnick yang mendakwa beliau memilih untuk tidak menyarung jersi kelab itu dalam satu perlawanan Liga Perdana England (EPL). Kini, Anthony Martial berpeluang menunjukkan dakwaan itu tidak benar dan beliau seorang pemain profesional 'sejati' apabila berpeluang beraksi bagi Sevilla dalam La Liga nanti.



Beliau mungkin tidak berapa diingini di Old Trafford, tetapi Sevilla telah mengalu-alukan ketibaan pemain warga Perancis itu seolah-olah Martial bintang lebih ternama.



Terbang atau tenggelam di Sevilla? Kita akan tahu dalam masa kurang enam bulan lagi.



Adama Traore,

dipinjamkan

Wolves ke Barcelona



Traore menyertai Barcelona dari Wolves dalam pindahan yang mungkin kurang difahami.



Difahami beliau menolak lamaran Tottenham Hotspur yang menawarkan gaji lebih tinggi dan memilih untuk menyertai Barcelona dan merebut peluang kedua untuk membuktikan keupayaannya kepada penyokong kelab itu.



Sebelum ke Wolves, beberapa tahun lalu Traore pernah meraih pengalaman di Barcelona juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >