Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH BALLON D'OR

Akhirnya cita-cita tercapai... Benzema pemain terbaik dunia

Oct 19, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Penyerang Real Madrid dan Perancis, Karim Benzema, merangkul Ballon d'or - anugerah tahunan yang mengiktiraf pemain bola sepak terbaik - buat julung-julung kalinya.



Benzema telah menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan ketika membantu Real menjuarai Liga Juara-Juara dan La Liga pada musim 2021-22.



Benzema pemenang tertua Ballon d'Or sejak pemenang pertama, Stanley Matthews pada 1956.



Lionel Messi (tujuh) dan Cristiano Ronaldo (lima) pernah meraih anugerah itu pada 12 daripada 13 edisi sebelum ini.



"Memenangi trofi ini sentiasa berada di dalam fikiran saya tetapi apa yang berubah sejak saya mencecah 30 tahun ialah cita-cita," kata Benzema selepas disampaikan anugerah itu dalam majlis yang penuh gah di Teater Chatelet di Paris.



Benzema berusia 21 tahun ketika menyertai Real Madrid dari Lyon pada 2009. Beliau telah menempah namanya sendiri di ibu kota Sepanyol itu sejak pemergian Cristiano Ronaldo pada 2018, ketika berusia 30 tahun.



"Cita-cita benar-benar memasuki kepala saya selepas itu," katanya. "Cita-cita bermakna bekerja lebih keras dan menjadi pemimpin untuk pasukan saya dan saya bertuah bermain untuk Madrid, kelab terbaik di dunia.



"Apabila saya berumur 21, atau 22, saya tidak mempunyai cita-cita yang sama seperti hari ini."



Benzema, yang juga memenangi Liga Negara-Negara Uefa bersama Perancis musim lalu, menolak Bayern Munich dan bintang Senegal, Sadio Mane ke tempat kedua.



Kevin De Bruyne dari Manchester City dan Belgium berada di tempat ketiga, dengan bintang Barcelona dan Poland, Robert Lewandowski, di tempat keempat.



Kemenangan anugerah itu, yang diberikan oleh majalah France Football, menggambarkan kebangkitan kerjaya luar biasa Benzema, yang disingkirkan daripada pasukan Perancis selama lima setengah tahun kerana penglibatannya dalam skandal peras ugut berhubung pita seks yang melibatkan rakan sepasukan, Mathieu Valbuena.



Beliau kemudian dijatuhkan hukuman penjara yang ditangguhkan setahun dan denda 75,000 euro ($100,000) kerana penglibatannya dalam kes itu.



"Saya telah melalui saat-saat sukar, di mana saya tidak bermain untuk pasukan kebangsaan dan juga bersendirian di Valdebebas (tempat latihan Real) kerana orang lain berada di luar negara bermain untuk negara mereka," tambahnya.



Di pentas, Benzema menggelar hadiahnya sebagai "Balon d'Or rakyat" (the Ballon d'Or of the people), satu kenyataan yang kemudiannya dikatakan bukan bertujuan untuk berpolitik tetapi "hanya satu penghormatan dari mana saya berasal".



Antara yang mengucapkan tahniah kepada Benzema secara terbuka ialah Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, yang berbuat demikian di Twitter.



"Terima kasih kepada Presiden. Pengiktirafan itu menggembirakan saya," kata Benzema. "Apabila saya bermain bola sepak, saya tidak keluar bermain di padang kerana fikir saya perlu menggembirakan sesiapa.



"Saya hanya cuba menyampaikan emosi kepada orang ramai. Saya tahu hari ini orang ramai bangga dengan saya dan itulah sebabnya saya katakan ia adalah Ballon d'Or mereka."



Bagaimanapun, beliau kembali menyertai pasukan kebangsaan untuk Kejohanan Eropah tahun lalu dan kini akan ke Piala Dunia di Qatar bersama Perancis bulan depan.



Beliau akan berusia 35 tahun pada 19 Disember ini, sehari selepas perlawanan akhir Piala Dunia.



"Saya masih bercita-cita tinggi. Saya ingin pergi ke Piala Dunia bersama Perancis," katanya. "Ada perkara yang masih belum selasai dilaksanakan. Saya berharap dapat dipilih menyertai skuad untuk Qatar, untuk pergi ke Piala Dunia dan melakukan segala-galanya untuk memenanginya." - AFP




"Memenangi trofi ini sentiasa berada di dalam fikiran saya tetapi apa yang berubah sejak saya mencecah 30 tahun ialah cita-cita.

...Cita-cita benar-benar memasuki kepala saya selepas itu.

Cita-cita bermakna bekerja lebih keras dan menjadi pemimpin untuk pasukan saya dan saya bertuah bermain untuk Madrid, kelab terbaik di dunia.''

- Karim Benzema




 KEDUDUKAN BALLON D'OR 



1. Karim Benzema (Real Madrid)



2. Sadio Mane (Bayern Munich)



3. Kevin De Bruyne (Manchester City)



4) Robert Lewandowski (Barcelona)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >