Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Anugerah pelajar ubah kriteria, 'beri galakan'

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



DENGAN Covid-19 menyebabkan pertandingan antarabangsa dan setempat - termasuk Sukan Sekolah Kebangsaan - dibatalkan tahun lalu, Biasiswa Yayasan Sukan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim tidak akan menyampaikan biasiswa tahun ini tetapi "anugerah-anugerah yang memberi galakan".



SOF dalam kenyataannya Sabtu lalu berkata bahawa gangguan yang disebabkan pandemik telah menjejas kriteria pemilihan penerima biasiswa, dengan pencapaian dalam pertandingan biasanya menjadi penentu kelayakan pemohon, lapor The Straits Times.



Oleh itu, "anugerah-anugerah yang memberi galakkan" yayasan itu akan melihat pada kriteria kelayakan alternatif dalam usahanya untuk terus menyokong atlet-pelajar yang bercita-cita tinggi dan untuk memberi manfaat kepada mereka daripada latar belakang yang menghadapi masalah kewangan.



Kriteria kelayakan sebahagian besarnya bergantung pada pendapatan isi rumah pemohon dan kegiatan nominal dalam sukan mereka.



Ini bermakna "persembahan baik dalam pertandingan antara sekolah (minimum tahap zon) atau yang setanding dengannya" bagi mereka dalam kategori sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah/program bersepadu/pengajian tinggi, menurut kenyataan itu.



Pengerusi SOF Ng Ser Miang berkata:



"Nilai-nilai yang kita pegang dalam sukan membawa kita melalui waktu-waktu mencabar dan terus membantu kita maju, sedang kita menentang wabak dan bersiap sedia untuk pemulihan.



"Ia adalah niat SOF dan Encik Peter Lim untuk terus menggalak dan menyokong atlet-pelajar muda, terutamanya mereka daripada latar belakang susah.



"Dengan kriteria yang disemak semula tahun ini, kami berharap dapat mendekati seramai mungkin atlet-pelajar yang layak, dan pada masa yang sama, terus menyokong cita-cita sukan mereka."



Jumlah wang yang diberikan kepada setiap atlet akan dikurangkan supaya lebih ramai penerima layak menerimanya, kata kenyataan itu.



Sejumlah $825,000 diagihkan kepada 289 atlet-pelajar pada 2020, merangkumi empat kategori: sekolah rendah ($1,000), sekolah menengah ($2,000), maktab rendah/program bersepadu/pengajian tinggi ($3,000) dan prestasi tinggi di bawah usia 18 tahun ($5,000).



Jumlah agihan dalam setiap kategori itu dikurangkan antara 50 dengan 75 peratus tahun ini, masing-masing kepada $250, $500, $1,000 dan $2,500.



Ditubuhkan pada Jun 2010, biasiswa itu telah menyampaikan $8 juta kepada 2,930 penerima anugerah daripada 54 cabang sukan.



Pada Julai 2019, jutawan warga Singapura Lim tekad menyumbang lagi $10 juta untuk membiayai biasiswa itu sehingga 2030.



Benefisiari biasiswa sebelum ini termasuk juara Sukan Olimpik Joseph Schooling (renang), Shayna Ng (boling), Martina Veloso (Menembak), Shanti Pereira (Atletik) dan Adam Swandi (Bola Sepak).



Mereka yang berminat boleh memohon bagi anugerah tersebut di laman web Yayasan Sukan Olimpik Singapura sejak semalam hingga 10 Februari, 4 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >