BOLA tchouk adalah sukan gelanggang yang dimulakan oleh seorang pakar biologi Switzerland, Hermann Brandt, pada awal 1970-an.
Sukan ini mempunyai risiko kecederaan rendah dan tidak melibatkan sentuhan.
Ia mirip permainan bola tangan dan dimainkan oleh dua pasukan, dengan setiap pasukan mempunyai tujuh anggota, dalam gelanggang berukuran 40 meter kali 20 meter.
Dua bingkai berjaring - seakan-akan kacukan tiang gol bola sepak dan trampolin - diletak di hujung gelanggang secara bertentangan.
Matlamat setiap pasukan ialah menjaring gol di bingkai itu dan mengumpulkan lebih banyak mata daripada pasukan lawan.
Satu mata diberi kepada pasukan yang berjaya melontar bola ke bingkai berjaring itu dan bola itu melantun keluar dari kawasan D, tanpa disambut oleh pemain lawan.
Kedua-dua pasukan boleh melontar bola ke kedua-dua bingkai berjaring itu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg