Subuh
5:56
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

'Isyarat jurulatih S'pura bagus dan harus diberi peluang'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

'Isyarat jurulatih S'pura bagus dan harus diberi peluang'

Jurulatih kelab Indonesia asal S'pura Aidil Sharin ulas trend jurulatih tempatan bimbing di luar negara
Jan 25, 2023 | 05:30 AM

BILANGAN meningkat jurulatih Si-ngapura yang mengembangkan sayap ke luar negara adalah petanda baik untuk bola sepak negara ini, kata Aidil Sharin Sahak.

Aidil, 45 tahun, baru-baru ini diumumkan sebagai ketua jurulatih Persikabo 1973, sebuah kelab peringkat tinggi Liga 1 Indonesia yang berpangkalan di Bogor, selatan Jakarta.

Anak Singapura itu, yang sebelumnya mengendalikan pasukan Kedah Darul Aman dalam Liga Super Malaysia (MSL), menyertai kelab barunya itu di bawah perjanjian lima bulan dengan pilihan melanjutkan tempohnya selama setahun pada hujung musim.

Aidil warga Singapura kedua memimpin pasukan Indonesia, selepas Fandi Ahmad berkhidmat di Pelita Jaya dari 2006 hingga 2010.

Semakin ramai jurulatih Singapura kini menyahut cabaran melatih pasukan luar negara.

Antara mereka ialah Fandi (ketua jurulatih di kelab MSL Sri Pahang), Akbar Nawas (pengarah sukan di kelab Liga 2 Thailand Udon Thani), Kadir Yahaya (ketua bola sepak belia di kelab Liga 1 Thailand BG Pathum), V. Sundram Moorthy (pengarah teknikal di Persekutuan Bola Sepak Laos), dan Herman Zailani (ketua pendidikan jurulatih bersama Persekutuan Bola Sepak Laos).

"(Trend ini) bagus untuk negara kita memandangkan bola sepak kita tidak begitu baik di Asia Tenggara. Kita sepatutnya menjadi lebih baik daripada negara jiran kita," kata Aidil ketika dihubungi Berita Harian.

"Tapi sekurang-kurangnya jurulatih kita diiktiraf dan diingini oleh banyak kelab di pelbagai negara. Jadi, saya fikir ia adalah petanda baik dan juga bagus untuk jurulatih muda percaya bahawa mereka boleh berjaya selagi mereka belajar, merendah hati dan bekerja keras.

"Saya tidak mahu mereka fikir bahawa mereka harus kekal saja dalam Liga Perdana Singapura (SPL).

"Dengan pergi ke luar negara, anda berdepan budaya yang berbeza, pelbagai kesukaran. Anda perlu keluar dan belajar untuk menjadi lebih matang.

"Malah, semakin matang anda, semakin banyak pengalaman anda perolehi dan anda boleh menyumbang lebih banyak kepada bola sepak Singapura pada masa akan datang," tambah beliau.

Pemergian ramai jurulatih hebat Singapura ini juga bermakna kebanyakan peranan besar dalam bola sepak tempatan digalas warga asing.

Michael Browne dari England dilantik sebagai pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), manakala pasukan nasional Singapura dibimbing warga Jepun Takayuki Nishigaya.

Daripada sembilan pasukan dalam SPL musim ini, dua dibimbing jurulatih dari luar negara. Jurulatih asal Bosnia Risto Vidakovic memimpin satu-satu kelab bola sepak swasta Singapura, Lion City Sailors, manakala Balestier Khalsa di bawah kendalian Peter de Roo dari Belanda.

Lima kelab tempatan dibimbing jurulatih Singapura - Gavin Lee (Tampines Rovers), Firdaus Kassim (Hougang United), Noor Ali (Geylang International), Hasrin Jailani (Tanjong Pagar United), dan Philippe Aw (Young Lions ).

Albirex Niigata, yang berasal dari Jepun, dibimbing Kazuaki Yoshinaga, sementara Helme Panjang ialah jurulatih Brunei DPMM, yang telah diumumkan sebagai pasukan kesembilan dalam musim SPL akan datang dalam satu pos di Facebook SPL.

Aidil berkata: "Tidak penting bagi saya sama ada jurulatih itu ialah warga asing atau tempatan. Kita semua adalah rakan jurulatih."

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa lebih perhatian harus ditumpukan pada pembangunan jurulatih tempatan.

"Tapi saya fikir ia juga memberi isyarat baik kepada pengurusan bola sepak Singapura supaya sedar bahawa masih ada jurulatih tempatan yang bagus di luar sana dan mereka mesti diberikan peluang."

Aidil berkata jurulatih sedemikian harus diberikan masa dan kerap dihantar menjalani kursus serta program latihan di luar negara untuk mengasah potensi mereka.

"Jurulatih tidak boleh berkembang menjadi lebih baik dengan hanya diberikan tempoh setengah musim atau semusim," katanya.

"Inilah yang pengurusan dalam (bola sepak) Singapura perlu lakukan untuk jurulatih tempatan kita dan bukan sekadar (membawa masuk jurulatih asing) ke sini untuk mengisi jawatan.

"Kita harus bersikap serius dalam memilih siapa yang mempunyai potensi sebenar untuk masa akan datang."


APA KATA AIDIL 

BOLEH SUMBANG KEPADA SINGAPURA

Dengan pergi ke luar negara, anda berdepan budaya yang berbeza, pelbagai kesukaran. Anda perlu keluar dan belajar untuk menjadi lebih matang. Malah, semakin matang anda, semakin banyak pengalaman anda perolehi dan anda boleh menyumbang lebih banyak kepada bola sepak Singapura pada masa akan datang.

PENGURUSAN HARUS SEDAR

Tapi saya fikir ia juga memberi isyarat baik kepada pengurusan bola sepak Singapura supaya sedar bahawa masih ada jurulatih tempatan yang bagus di luar sana dan mereka mesti diberikan peluang. Jurulatih tidak boleh berkembang menjadi lebih baik dengan hanya diberikan tempoh setengah musim atau semusim. Inilah yang pengurusan (bola sepak) Singapura perlu lakukan untuk jurulatih tempatan kita dan bukan sekadar (membawa masuk jurulatih asing) ke sini untuk mengisi jawatan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3