"Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Rasa gembira dapat menonton tiga perlawanan secara langsung di stadium, termasuk kemenangan bersejarah yang dicatat Maghribi (ke atas Portugal dalam perlawanan suku akhir)."
- Encik Zamree Mustapha, yang ke Qatar bersama isteri, tiga anak perempuannya dan seorang rakan.
"Saya tertarik setelah membaca laporan mengenai Stadium 974 yang diperbuat daripada kontena dan boleh dialih serta dipindahkan. Itu yang menggerakkan hati saya untuk ke Qatar. Saya menonton dua perlawanan di sana. Sorakan dan tepukan penyokong mengingatkan saya akan zaman Piala Malaysia di Stadium Kallang."
- Encik Jumali Sayuti, yang menonton empat perlawanan di Qatar.
"Ini adalah Piala Dunia saya yang keempat. Setiap Piala Dunia itu istimewa dan unik, tapi Qatar 2022 lebih istimewa kerana ia kali pertama saya pergi bersama isteri. Kami menonton dua perlawanan suku akhir dan isteri saya seronok menonton perlawanan secara live. Bagi saya, perlawanan paling menarik ialah Argentina lawan Belanda. Ia ada semuanya - drama, gol, penalti. Dan paling seronok ialah melihat penyokong Argentina menyanyi, bersorak, sepanjang perlawanan. Sekarang isteri saya sudah pun bercakap mengenai Piala Dunia seterusnya di Amerika, Canada dan Mexico."
- Encik Abdul Rohim Sarip, seorang peguam.