Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Apa yang tak kena dengan Singa Muda?

Pasukan harus bangkit dan gunakan sikap enggan menyerah kalah untuk pergi lebih jauh dalam temasya akan datang
May 21, 2022 | 05:30 AM



Sukan SEA Vietnam bakal melabih tirai dalam masa beberapa hari dengan Team Singapore menunjukkan azam dan kecekalan untuk meraih pingat dan bersaing dengan atlet terbaik di rantau ini demi kebangaan negara. Wartawan BERITA HARIAN di Hanoi, Vietnam, berkongsi analisis mereka berhubung beberapa perkara yang dekat di hati. 




PRESTASI bercampur-aduk skuad bola sepak Singapura dalam empat perlawanan di dalam kumpulan mengakhiri kempen Sukan SEA Hanoi mereka tanpa sebarang pingat.



Selepas seri 2-2 semasa menentang Laos dan dibelasah 5-0 oleh Thailand sejak kempen mereka bermula 7 Mei lalu, anak buah Nazri Nasir hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Kemboja sebelum seri 2-2 bersama musuh tradisional Malaysia pada perlawanan terakhir mereka 14 Mei lalu.



Keputusan itu bermakna Singa Muda hanya mengumpul lima mata dan terpaksa pulang awal kerana berada di tempat ketiga dalam kumpulan. Hanya dua tempat teratas kumpulan sahaja boleh mara ke peringkat seterusnya.



Bagi penyokong negara, ia suatu kekecewaan besar dimana ramai di antara mereka telah meletakkan harapan tinggi untuk skuad Singa Muda menyerlah di temasya Asia Tenggara itu.



Tambahan lagi, ia menjadi matlamat jurulatih Nazri sendiri yang menyasarkan peluang skuadnya untuk melangkah ke peringkat separuh akhir di temasya itu.



Kesedihannya ditunjuk dalam sidang media selepas perlawanan terakhir bersama Harimau Muda Sabtu lalu di mana beliau memohon maaf atas kegagalannya itu.



"Kepada semua penyokong, saya bersimpati kepada mereka. Saya kecewa... saya gagal membawa pasukan saya untuk peringkat seterusnya.



"Saya ingin meminta maaf kepada semua penyokong di rumah," katanya.



Ini juga bukan kali pertama beliau meminta maaf secara awam. Nazri turut membuat pemohonan yang sama selepas kekalahan besar 5-0 di tangan Thailand.



Walaupun begitu, jurulatih Singapura itu berkata pasukannya telah memberikan yang terbaik meskipun menghadapi "cabaran" tanpa mengulas lanjut akan cabaran itu.



Jadi apakah yang tidak kena dengan kempen pasukan ini?



PERSIAPAN TIDAK MENCUKUPI



Mungkin dari permulaan, persiapan Singa Muda untuk temasya ini tidak begitu baik.



Nazri mengaku cabaran yang dihadapinya itu "agak unik" dalam satu wawancara khas bersama Berita Harian April lalu.



Ini kerana beliau tidak dapat membawa skuadnya itu untuk berlatih di luar negara, sesuatu yang sering dibuat skuad negara untuk persiapkan diri bagi mana-mana pertandingan.



Memandangkan ramai di antara mereka juga adalah pemain berusia bawah 23 tahun, ada dalam kalangan mereka sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Oleh demikian, ia juga sukar bagi mereka untuk mengambil cuti dan buat latihan di luar negara.



Selain daripada itu, perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) kian diteruskan hingga pertengahanan April lalu.



Ia turut merugikan skuad Singapura apabila pemain penting dan kapten Young Lions, Jacob Mahler mengalami kecederaan lutut yang serius pada perlawanan menentang Tampines Rovers pada 20 Apri lalu yang mengakibatkan beliau tidak berpeluang beraksi di temasya itu.



Dengan itu, mengadakan kem latihan di Singapura serta ketidaktentuan dalam skuad terakhir hanya dua minggu sebelum Sukan SEA bukanlah persiapan yang terbaik.



PEMILIHAN PEMAIN LEBIH UMUR



Selain itu, pemilihan pemain lebih umur yang dibawa Nazri juga menjadi tanda tanya besar.



Sebelum skuad terakhir ditetapkan, difahamkan bahawa Singapura ingin membawa kedua-dua adik beradik Ikhsan Fandi dan Irfan Fandi (BG Pathum) untuk beraksi.



Tetapi, mereka tidak dapat dibebaskan kerana temasya itu berada di luar jendela rasmi Fifa.



Nazri telah memilih Syahrul Sazali (Young Lions), Zulfahmi Ariffin (Hougang United) dan Zaiful Nizam (Geylang International) untuk menyertai dalam kempen Sukan SEA Hanoi ini.



Namun, ia tidak memberi kesan besar terhadap corak permainan dan prestasi keseluruhan Singapura di padang.



Malah, selepas kecederaan Jacob Mahler, pemain tengah Haryhs Stewart terpaksa bermain di bahagian pertahanan buat kali pertama kerana tiada pemain yang sedia ada untuk bermain di situ.



Jadi, ia lebih masuk akal jika skuad Singa memanggil pemain pertahanan yang berpengalaman seperti Safuwan Bahrudin (Selangor FC), Lionel Tan (Hougang) atau Abdil Qaiyyim (Geylang International) yang mampu membuat pertahanan mereka lebih berfungsi.



SIKAP ENGGAN SERAH KALAH HARUS DIPUJI



Meskipun begitu, sikap pemain-pemain Singa Muda yang tidak berputus asa sepanjang kempen itu amat dikagumi.



Anak buah Nazri menunjukkan sikap positif itu apabila seri bersama Laos, bangkit semula dari kekalahan Thailand untuk menang menentang Kemboja, serta menunjukkan kebolehan mereka apabila seri 2-2 bersama Malaysia.



Oleh itu, Singa Muda harus membina dari pengalaman positif ini dan pergi lebih jauh dalam edisi temasya akan datang nanti.



Malah, skuad bola sepak bawah 23 tahun itu perlu menyasarkan pingat emas dan bukanlah di peringkat separuh akhir sahaja.



Dengan Singapura akan menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2029 nanti, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) perlu menggembleng tenaga untuk merealisisasikan impian penyokong dan mendapatkan emas pertama dalam sejarah bagi bola sepak negara di temasya itu sejak menyertainya pada 1965.




"Meskipun begitu, sikap pemain-pemain Singa Muda yang tidak berputus asa sepanjang kempen itu amat dikagumi...

Oleh itu, Singa Muda harus membina dari pengalaman positif ini dan pergi lebih jauh dalam edisi temasya akan datang nanti."

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >