Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Apakah England perlu jurulatih asing?

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Selepas ditewaskan Perancis dalam suku akhir Piala Dunia Qatar 2022, pengurus England Gareth Southgate mengambil masa untuk menimbangkan apakah beliau harus kekal memimpin pasukan Three Lions bagi kelayakan Euro 2024 atau melepaskan jawatannya.



Lapan belas bulan yang lalu adalah sukar, kata beliau.



Southgate telah melihat pengurus England dipecat dan mahu memastikan tempohnya mengisi 'kerusi panas' pasukan itu tidak melebihi waktu yang dikehendaki.



Oleh itu, Persatuan Bola Sepak England (FA) berada dalam keadaan terawang-awang, menunggu Southgate untuk komited bersama pasukan nasional hingga akhir kontraknya.



Ada yang berasa tempohnya sebagai bos England sudah mencapai garisan penamat. Harapan FA, sebaliknya, sangat besar untuk pengurus berusia 52 tahun itu mempunyai motivasi untuk kekal bagi Euro 2024.



Menurut laporan The Athletic, Thomas Tuchel, yang membimbing Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara 18 bulan lalu, dan Mauricio Pochettino tertarik dengan potensi mengisi kekosongan jawatan itu.



Dan ini mencetuskan persoalan lazim apakah pengurus England harus berbangsa Inggeris.



Pada 2000-an, FA melebarkan pemilihan jurulatih mereka dan memecahkan struktur gaji mereka untuk mengambil warga asing - Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello mengendalikan pasukan itu.



Daripada tujuh negara lain yang telah memenangi Piala Dunia bola sepak lelaki, lima (Brazil, Argentina, Italy, Perancis dan Sepanyol) pernah mempunyai jurulatih asing atau kelahiran asing dalam sejarah mereka, tetapi tiada satu pun melakukannya sejak 40 tahun lalu. Jerman? Uruguay? Tidak pernah.



Walaupun kejayaan England menjuarai kejohanan Euro wanita adalah hasil bimbingan warga Belanda Sarina Weigman, ia kelihatan satu trend yang semakin kurang dalam permainan lelaki.



Bola sepak kini lebih bersifat global berbanding sebelum ini, tetapi hanya sembilan daripada 32 pasukan di Qatar mempunyai pengurus atau ketua jurulatih asing - daripada 14 pasukan di Russia empat tahun lalu.



Daripada sembilan pasukan itu, hanya satu melepasi peringkat kumpulan (Korea Selatan di bawah jurulatih Portugal Paolo Bento).



Itu saiz sampel kecil, dan sesetengah daripadanya adalah negara yang dijangka tidak menang tetapi boleh telah melepasi jangkaan dari segi prestasi dan keputusan (misalnya, Ecuador di bawah Gustavo Alfaro dan Arab Saudi di bawah Herve Renard). Tetapi, Piala Dunia ini tidak meyakinkan untuk berpaling kepada kepimpinan asing.



Mungkin, England dapat dikecualikan memandangkan pasukan itu, yang dibintangi ramai bakat hebat, gagal berhasil dalam tiga kejohanan terakhir di bawah Southgate - terutamanya dalam Euro tahun lepas. Adalah mudah untuk membuat kesimpulan bahawa apa yang mereka perlukan adalah jurulatih dengan rekod terbukti untuk memenangi trofi.



Namun, masalahnya ialah jurulatih yang dapat meraih kejayaan tidak cenderung kepada warga Inggeris.



Tiada pengurus Inggeris memenangi trofi Eropah sejak Bobby Robson bersama Barcelona pada 1997; tiada pengurus Inggeris memenangi gelaran liga sejak Howard Wilkinson bersama Leeds United pada 1992; tiada pengurus Inggeris memenangi Piala FA sejak Harry Redknapp bersama Portsmouth pada 2008.



Tetapi sekarang? Sekarang rasanya lain. England mungkin tiada jurulatih dengan kaliber seperti Pep Guardiola atau Jurgen Klopp, tetapi ia mempunyai Eddie Howe, Graham Potter dan lain-lain.



Meskipun tidak pernah bekerja di peringkat antarabangsa, mereka telah mempamerkan banyak sifat yang diperlukan oleh jawatan England itu - bukan sahaja cara mereka melatih tetapi cara mereka mengurus orang, mengurus persekitaran dan mengurus projek jangka panjang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >