Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Apakah Yoshida akan tinggalkan Singa?

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



FRATERNITI bola sepak Singapura ingin jurulatih pasukan nasional Tatsuma Yoshida terus mengisi kerusi panas itu, setelah beliau mendedahkan ada menerima tawaran untuk mengendalikan pasukan lain.



Ini menimbulkan tanda tanya tentang masa depan warga Jepun itu bersama pasukan Singa, walaupun kontraknya berakhir Disember tahun depan.



Yoshida kelmarin memberitahu The Straits Times beliau menerima beberapa tawaran "daripada (kelab di) Jepun dan sebuah negara Asia", namun tiada sebarang keputusan telah diambil mengenai masa depannya.



"Sejauh ini saya belum bertemu sesiapa pun daripada FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura). Saya akan berjumpa mereka pada tahun baru. Jika kami tersingkir daripada kejohanan (Piala Suzuki AFF) pada pusingan kumpulan, saya mungkin terpaksa melepaskan (tugas jurulatih Singa).



"Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa. Saya perlu berfikir tapi buat masa ini saya belum membuat keputusan dan saya tidak boleh berkata apa-apa lagi," ujarnya.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, bekas kapten nasional Aide Iskandar, yang memenangi Piala Suzuki tiga kali, berkata bola sepak Singapura akan berasa kehilangan Yoshida jika beliau mengundur diri.



"Beliau telah membangunkan asas pasukan nasional dan saya percaya beliau harus diberi lebih banyak masa bersama pasukan Singa untuk terus mempertingkat prestasi mereka.



"Kemajuan yang ada sekarang akan terganggu dan jurulatih baru mungkin nmemerlukan lebih banyak masa lagi untuk memahami semua aspek mengenai bola sepak tempatan.



"Jadi, saya tidak fikir adalah ideal untuk melantik jurulatih baru sedangkan ada dua kejohanan besar pada 2022," ujar Aide.



Singapura bakal bersaing dalam pusingan kelayakan ketiga Piala Asia AFC 2023 Jun depan dan Piala Suzuki AFF 2022, mungkin hujung tahun depan.



Kapten Singa Hariss Harun berkata pemain yakin pada Yoshida dan berharap beliau terus membimbing mereka.



"Ada peningkatan dalam persembahan kami di bawah kepimpinannya. Kami dapat lihat perkara lain yang tidak dapat dilihat orang luar. Beliau yakin akan keupayaan kami dan bola sepak Singapura. Beliau menjadikan kami sebuah pasukan sebenar," ujarnya kepada ST.



Beberapa peminat bola sepak juga menyuarakan sokongan terhadap Yoshida. Seorang daripada mereka, menggunakan nama Kunna Ayyakannu, menulis di Facebook: "Saya berhenti menonton bola sepak Singapura hinggalah Piala Suzuki tahun ini. Pasukan ini yang membuat peminat mahu menonton perlawanan, tidak kira menang atau kalah. Semangat pasukan ini mengembalikan kenangan manis Kallang Roar. Jurulatih ini jelas telah membimbing pasukan."



Yoshida, yang mula menjadi jurulatih Singa pada Mei 2019, mempunyai rekod enam kemenangan, empat seri dan 10 kekalahan dalam 20 perlawanan bersama Singapura.



Kekalahan terakhirnya minggu lalu, apabila Singapura tumpas 4-2 pada Indonesia pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki, dan tersingkir daripada kejohanan itu dengan agregat 5-3.



Sejak minggu lalu, beberapa akhbar Jepun melaporkan Yoshida telah dihubungi agar menyertai semula kelab divisyen 2 Liga-J Ventforet Kofu, yang berpangkalan di wilayah Yamanashi, yang dipimpinnya bagi musim 2017/18.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >