Topik diikuti
Pergi ke BHkuAplin mungkin pemain S'pura pertama beraksi dengan Liga Jepun
PELUANG KEEMASAN: Aplin yang kini beraksi untuk Geylang International, berasa teruja dengan peluang beraksi di liga kedua Jepun bersama kelab Matsumoto Yamaga. Walaupun hanya akan dipinjamkan, beliau berharap dapat menimba pengalaman yang berharga di sana. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 2, 2018 | 5:30 AM
SEKIRANYA semuanya berjalan lancar, Anders Aplin mungkin menjadi pemain bola sepak Singapura yang pertama menandatangani kontrak dengan pasukan Liga Jepun tidak lama lagi.
Pemain negara yang beraksi untuk kelab Geylang International itu akan ke Jepun Isnin, 6 Ogos ini bagi menjalani ujian kesihatan dengan kelab Liga 2 Jepun, Matsumoto Yamaga.
