Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU SEPARUH AKHIR ARGENTINA LWN CROATIA

Argentina di ambang sejarah

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Persembahan individua hebat Lionel Messi membantu Argentina mara ke final Piala Dunia kali keenam selepas menewaskan Croatia di Stadium Lusail, Doha semalam.



Messi kini mempunyai peluang untuk memperoleh satu-satunya trofi yang belum pernah dimenanginya dalam Piala Dunia yang terakhir buatnya.



Seorang pemain yang turut mencuri perhatian daripada Messi dalam perlawananan itu ialah Julian Alvarez yang menyarung jersi Manchester City dalam Liga Perdana England.



Pemain berusia 22 tahun itu bergabung cemerlang dengan Messi untuk menjaringkan dua gol, menambah kepada gol penalti yang dijaringkan Messi untuk membuka tirai jaringan.



Penalti itu diberikan pengadil kepada Argentina selepas Alvarez dikasari oleh penjaga gawang Croatia, Dominik Livakovic, pada minit ke-34.



Alvarez hanya memerlukan masa lagi lima minit untuk menggandakan jaringan, apabila beliau menyambar hantaran Messi di kawasan Croatia sebelum berlari secara solo sehingga memasuki petak penalti Livakovic dan menyumbat gol.



Ada elemen 'tuah' dalam gol itu, kerana bola melantun kembali kepada Alvarez selepas ia mengena Jospi Juranovic dan Borna Sosa.



Namun, tiada elemen sedemikian bagi gol ketiga, apabila Messi menunjukkan keupayaannya menggelecek bola dan memperdaya lawan dalam ruang yang sempit untuk mengumpan bola kemas kepada Alvarez di petak penalti yang hanya perlu menyentuh bola ke dalam gawang.



Gol ketiga itu menjamin kelayakan Argentina ke final, dan membuka peluang bagi Messi menebus kekecewaan kalah kepada Jerman di final Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana di Brazil.



Jika menang di final, Argentina boleh mengakhiri kemarauan trofi Piala Dunia yang kali terahir dimenanginya pada 1986 oleh pasukan yang diterajui Diego Maradona.



Peluang mengakhiri kemarau itu di Doha, Qatar, mungkin sukar dibayangkan apabila Messi dan pasukannya tewas 1-2 kepada Arab Saudi di perlawan pembukaan.



Namun, sejarah juga membuktikan Argentina pernah bangkit daripada permulaan yang mengecewakan untuk melangkah lebih jauh di Piada Dunia.



Di Piala Dunia 1990, Argentina tewas dalam perlawanan pertama kepada Cameroon tetapi berjaya mara ke final di mana ia tewas 0-1 kepada Jerman Barat.



Dan dalam perlawanan dengan Croatia semalam, Argentina menunjukkan keupayaannya yang sebenar.



Messi, yang sejak sedekad lalu telah menjadi tunggak pasukan Argentina menunjukkan mengapa beliau dianggap sebagai pemain terbaik dunia.



Lebih manis bagi Argentina, Alvarez kini telah muncul sebagai pelapis bagi Messi dan berpotensi menjadi bintang lebih besar di City, yang membelinya dari River Plate dengan harga £14.1 juta ($23.5 juta).



Semasa menentang Croatia, Alvarez dan Messi bergabung untuk memporak-perandakan benteng lawan sepanjang perlawanan.



Dalam pada itu, Croatia sekali lagi boleh mengkhiri Piala Dunia dengan rasa puas hati kerana berjaya mara ke separuh akhir bagi dua Piala Dunia berturut-turut.



Croatia, yang mempunyai empat juta warga, juga melayakkan diri ke peringkat sama di Piala Dunia Russia pada 2018.



Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic dan pemain-pemainnya boleh berbangga dengan pencapaian mereka, walaupun telah tewas kepada Argentina.



Dengan pertandingan ini dianggap Piala Dunia terakhir bagi pemain tersohor Luka Modric, ia juga telah menemui bintang baru, Josko Gvardiol, 20 tahun, yang kini diburu oleh kelab-kelab terunggul di Eropah. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >