Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PARALIMPIK TOKYO

'Arigato' Tokyo, hebat dan bersejarah

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Persaingan di Sukan Paralimpik Tokyo diisytiharkan ditutup kelmarin oleh ketua Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Andrew Parsons, yang mengatakan bahawa temasya sukan yang tertangguh akibat pandemik itu "bukan sahaja mencipta sejarah, tetapi juga hebat".



"Saya tidak mahu melakukannya, tetapi masanya sudah tiba untuk saya isyitharkan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditutup," kata beliau.



Penganjur juga mengangkat taraf temasya sukan itu sebagai "edisi yang paling penting" dalam sejarahnya.



Sebanyak 15 pingat emas dimenangi pada hari terakhir aksi saingan, menutup tirai pertandingan yang menyaksikan rekod 86 pasukan negara meraih pingat - dengan 62 membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas.



China menamatkan Tokyo 2020 di puncak tangga pingat dengan 207 pingat, termasuk 96 pingat emas, diikuti dengan pasukan Britain, Amerika Syarikat dan Russia.



Dengan tamatnya aksi sukan, perhatian beralih kepada majlis penutup di Stadium Olimpik dengan kapasiti 68,000 penonton, lokasi sama di mana temasya sukan itu dibuka 12 hari lalu.



Sejumlah 163 delegasi - kurang satu daripada rekod London 2012 - telah diwakili, walaupun tidak semua pasukan telah merancang untuk hadir secara fizikal.



Parsons berkata penyertaan tinggi di Tokyo adalah bukti bahawa "gerakan Sukan Paralimpik lebih kuat daripada sebelumnya".



"Saya tidak mempunyai keraguan bahawa ini adalah edisi paling penting Sukan Paralimpik, disebabkan oleh pandemik, kerana kita telah memberi suara kepada 1.2 bilion orang kurang upaya," katanya.



Atlet yang bertanding di Tokyo termasuk dua dari Afghanistan, yang tiba secara dramatik ketika temasya sukan sedang berlangsung selepas berjaya dibawa keluar dari Kabul.



Jurucakap IPC Craig Spence berkata pegawai telah menawarkan atlet taekwondo Zakia Khudadadi dan pelari pecut Hossain Rasouli - yang bersaing dalam acara lompat tinggi - peluang untuk membawa bendera Afghanistan ke dalam stadium.



Beliau menekankan bahawa keputusan terletak di tangan mereka, dan kededua atlet tidak disenaraikan sebagai pembawa bendera pada petang Ahad.



Di majlis pembukaan, bendera Afghanistan ditampilkan dalam gaya simbolik, dibawa oleh seorang relawan Jepun.



Singapura diwakili oleh 10 atlet dalam enam cabang sukan - angkat berat, atletik, berbasikal, ekuestrian, memanah dan renang - di Tokyo 2020.



Ia membawa pulang dua emas dalam edisi Sukan Paralimpik kali ini hasil perenang para Yip Pin Xiu, yang mempertahankan kejuaraannya dalam acara kuak lentang 50 meter S2 dan kuak lentang 100 meter S2 wanita. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >