Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LAWAN PEDANG

Armita Berthiar raih gangsa di Kejohanan Lawan Pedang Asia

Warga S’pura pertama mara ke separuh akhir, berpeluang tambah pingat dalam acara berpasukan
Jun 19, 2023 | 05:03 PM



Atlet lawan pedang nasional, Amita Berthier, menjadi warga Singapura pertama yang mara ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Lawan Pedang Asia di Wuxi, China pada Ahad.

Atlet berusia 22 tahun itu tewas 15-8 oleh atlet lawan pedang China, Chen Qinguan – naib juara Kejohanan Lawan Pedang Asia 2022 di Korea Selatan – yang kmenyusuli itu menewaskan Sera Azuma dari Jepun untuk menggondol pingat emas.

Berthier, yang merangkul pingat gangsa dalam acara foil wanita, merupakan peserta dari Singapura terbaik di kejohanan tersebut.

Pada 2022, Berthier telah mara ke suku akhir, di mana beliau tewas kepada seorang lagi pemain lawan Jepun, Yuka Ueno.

“Saya berada dalam kelompok pemain lapan terbaik tahun lalu jadi prestasi saya tahun ini sudah pasti adalah satu kemajuan.

“Terdapat banyak perkara yang saya boleh perbaiki, tetapi setiap kemenangan adalah satu langkah besar ke hadapan.

“Saya sungguh gembira dengan prestasi saya dan saya berharap untuk menjadi lebih baik, serta bersiap sedia untuk Sukan Asia juga,” kata Berthier.

Dalam perjalanannya ke separuh akhir, Berthier menewaskan Daphne Chan dari Hong Kong 15-12 pada pusingan 16 terakhir, dan Hong Seo-in dari Korea Selatan 15-10 pada suku akhir.

Beliau terus mengingatkan dirinya untuk menikmati setiap pertarungan dan menantikan cabaran seterusnya, sambil menambah:

“Saya sedikit gementar tetapi gementar itu bagus... Saya mahu keputusan yang lebih baik. Pusingan separuh akhir tu telah memberi saya peluang untuk belajar daripada kesilapan supaya saya boleh menjadi lebih baik.”

Beliau menyasarkan untuk mendapat kelayakan ke Sukan Paris melalui ranking dunianya dan perlu menjadi antara dua atlet lawan pedang terbaik di rantau Asia-Oceania.

Pengarah teknikal Lawan Pedang Singapura (FS), Marko Milic, memuji prestasi luar biasa Berthier pada Kejohanan Lawan Pedang Asia 2023 sambil menambah:

“Ia akan memberi Amita peluang baik untuk layak terus ke Sukan Olimpik. Selain itu, ia akan meningkatkan keyakinan beliau dan keyakinan pasukan untuk Sukan Asia.”

Berthier memenangi pingat gangsa berpasukan di Sukan Asia di Jakarta lima tahun lalu tetapi tersingkir pada pusingan 16 terakhir dalam acara foil individu.

Tetapi sejak itu, beliau telah memperoleh lebih banyak pencapaian, termasuk gelaran pasukan Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA) ketiga berturut-turut pada Mac, semasa tahun terakhirnya di Universiti Notre Dame di Amerika Syarikat.

Beliau merupakan warga Singapura pertama memenangi kejuaraan NCAA itu.

Beliau juga menjadi warga Singapura pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara lawan pedang.

Berthier masih boleh mencapai lebih banyak kejayaan di Kejohanan Lawan Pedang Asia tahun ini, yang akan tamat pada Khamis.

Beliau akan bertanding dalam acara berpasukan wanita pada Rabu.

Malangnya, pasukan Singapura akan kekurangan seorang ahli utama kerana Maxine Wong tidak dapat bertanding disebabkan kecederaan otot kakinya semasa kem latihan prapertandingan.

Namun, Berthier menekankan bahawa “kami akan terus berjuang keras dan berharap untuk yang terbaik”. – ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >