Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK LIGA PERDANA INGGERIS MUSIM 2018/2019

Arsenal milik penuh jutawan sukan Amerika

Aug 09, 2018 | 05:30 AM



LONDON (ENGLAND): Pemegang saham majoriti Arsenal, Stan Kroenke, kini menguasai pasukan itu sepenuhnya selepas pemegang saham minoriti, Alisher Usmanov, menerima tawaran bernilai £550 juta ($712 juta) untuk menjual saham kepadanya.



Jutawan sukan dari Amerika Syarikat (AS) itu yang sudah memiliki 67 peratus Arsenal menerusi syarikatnya Kroenke Sports and Entertainment (KSE), mencapai perjanjian dengan jutawan Russia, Usmanov untuk menjual 30 peratus sahamnya, kata Bursa Saham London dalam satu kenyataan kelmarin.



Usmanov juga mengesahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Persatuan Media Britain bahawa beliau telah menerima tawaran itu tetapi tidak memberi alasan mengapa beliau berbuat demikian.



Kroenke, pemilik Los Angeles Rams di NFL berkata, pemilikan tunggal itu akan memberi manfaat kepada kelab tersebut tetapi para peminat menyatakan ia adalah hari yang 'mengerikan'.



Di sebalik meraih beberapa kemenangan sebelum ini, Arsenal telah turun anak tangga di belakang pesaingnya dalam Liga Perdana Inggeris dan secara konsisten gagal mencapai peringkat akhir Liga Juara- Juara.



Mereka belum memenangi gelaran sejak 2004 dan pada musim lalu hanya mampu berada di tangga keenam, 37 mata di belakang juara Manchester City.



Arsenal, kini dipimpin bekas bos Paris Saint-Germain, Unai Emery, menentang Manchester City dalam pembukaan musim baru pada Ahad ini.



Ia era baru bagi Arsenal selepas Arsene Wenger meninggalkan kelab itu pada Mei lalu, selepas 22 tahun menerajuinya.



"Kami di KSE bergerak pantas dengan merebut tawaran ini yang membawa kepada pemilikan 100 peratus kelab," kata Kroenke dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bursa Saham London.



"Kami menghargai dedikasi Usmanov kepada Kelab Bola Sepak Arsenal dan etos bertulis serta sejarah kelab," tambahnya.



Kelmarin, Red and White Holdings mengeluarkan kenyataan singkat mengesahkannya.



"Saya telah memutuskan untuk menjual saham saya di Kelab Bola Sepak Arsenal yang boleh menjadi kelab bola sepak terbaik di dunia.



"Saya doakan kejayaan dan kehebatan untuk kelab bola sepak yang gah ini dan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan kelab ini dan menjadikannya sebagai kerjaya mereka,'' kata Usmanov.



Perjanjian tersebut mengakhiri pertarungan antara jutawan Kroenke dan Usmanov untuk menguasai kelab itu.



Pada Oktober lalu, KSE menawarkan sekitar £525 juta untuk membeli 18,695 saham yang dipegang oleh Usmanov, yang sendiri pernah cuba membuat bidaan untuk menguasai kelab itu tetapi ditolak. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >