Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arsenal siasat kejadian berbaur anti-Yahudi

Jan 20, 2023 | 5:30 AM
RAI GOL: Pemain Arsenal, Martin Odegaard (kanan) begitu gembira selepas jaring gol ketika Arsenal tewaskan Tottenham Hotspur 2-0. - Foto AFP
RAI GOL: Pemain Arsenal, Martin Odegaard (kanan) begitu gembira selepas jaring gol ketika Arsenal tewaskan Tottenham Hotspur 2-0. - Foto AFP -

SATU siasatan telah dilancarkan terhadap kejadian berbaur anti-Yahudi susulan kemenangan Arsenal ke atas Tottenham dalam perlawanan hujung minggu lalu.

Pendahulu Liga Perdana England Arsenal berkata satu kejadian telah berlaku di Stadium Tottenham Hotspur dan di pub di Islington, utara London.

Dalam satu kenyataan semalam, Arsenal menjelaskan:

"Kami telah dimaklumkan mengenai dua kejadian pada hujung minggu lalu membabitkan anti-Yahudi yang kini di bawah siasatan.

"Terdapat satu kejadian semasa perlawanan Ahad lalu melibatkan penyokong Arsenal yang mana salah seorang penyokong kami terdengar kenyataan berbaur anti-Yahudi... yang dibuat oleh penyokong Arsenal lain.

"Pada hari yang sama, kami sangat terkejut mendengar tentang kejadian di pub The Cally di Islington melibatkan sorakan berbaur anti-Yahudi.

"Kami akur akan kesan tingkah laku ini terhadap ramai penyokong bangsa Yahudi kami dan yang lain dan mengutuk penggunaan bahasa seperti ini, yang tidak mempunyai tempat dalam permainan atau masyarakat kami."

Kemenangan 2-0 Arsenal di Tottenham, yang pertama bagi mereka sejak 2014, turut dicemari oleh serangan penyokong ke atas penjaga gol mereka Aaron Ramsdale selepas wisel penamat.

Arsenal kini dianggap pasukan pilihan untuk bergelar juara EPL hujung Mei ini dengan kehebatan Bukayo Saka, Martin Odegaard, Eddie Nketiah memperkotak-katikkan lawan ketika Gabriel Jesus yang bermula baik tetapi kini tidak cergas selepas aksi Piala Dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg