Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA LIGA ENGLAND

Arsenal temu Liverpool, Chelsea lwn Spurs di separuh akhir

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal akan berdepan dengan Liverpool di peringkat separuh akhir Piala Liga manakala Chelsea pula akan berdepan dengan Tottenham Hotspur.



Kedua perlawanan separuh akhir itu akan dimainkan dalam dua pusingan - dengan pertemuan pertama akan berlangsung pada minggu yang bermula 3 Januari tahun depan.



Pusingan penentuan pula bakal berlangsung pada minggu yang bermula 27 Februari nanti.



Juara lapan kali Liverpool bangkit dari 0-1 dan 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 sebelum wisel penamat. Pasukan pimpinan Juergen Klopp itu kemudian menewaskan Leicester dalam babak sepakan penalti pada perlawanan suku akhir Rabu lalu.



Diego Jota muncul wira Liverpool apabila beliau menjaringkan gol penentuan - dengan Liverpool menang 5-4 di akhir babak sepakan penalti itu.



Dimasukkan pada separuh masa kedua, Jota menjaringkan gol harapan buat Liverpool apabila pihak tuan rumah itu sedang ketinggalan 1-3 sebelum separuh masa pertama.



Penyerang Jepun, Takumi Minamino, kemudian menjaringkan gol pada minit ke-95 apabila beliau menyambut hantaran dari James Milner dan melepaskan rembatan yang mengatasi penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel.



Gol penyamaan itu memaksa perlawanan terpaksa diputuskan melalui babak sepakan penalti.



Kesemua sepakan penalti Leicester berjaya membolosi gawang Liverpool sebelum pemain pertahanan Ryan Bertrand gagal dalam percubaannya.



Jota muncul wira buat Liverpool apabila beliau berjaya menjaringkan gol penentuan penalti itu.



Kelab yang digelar The Reds itu belum pernah memenangi pertandingan itu sejak 2012.



Arsenal, yang menang 5-1 ke atas Sunderland Selasa lalu, gagal menjulang trofi kejohanan ini sejak 1993.



Apabila kedua-dua pasukan itu bertemu di Anfield dalam Liga Perdana England pada 20 November lalu, pengurus Liverpool Klopp dan pengurus Arsenal, Mikel Arteta, terlibat dalam perdebatan hangat di luar padang.



The Reds memenangi perlawanan itu 4-0.



Kali terakhir Tottenham bertemu Chelsea dalam pertandingan itu adalah pada perlawanan akhir 2015 apabila Chelsea menang 2-0. John Terry dan Diego Costa berjaya menjaringkan gol ketika itu.



Tottenham juga tidak pernah memenangi trofi itu sejak menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir pertandingan yang sama pada 2008.



Rabu lalu, Chelsea menang 2-0 di Brentford menerusi gol sendiri pemain Brentford, Pontus Jansson, dan gol penalti Jorginho pada minit ke-85 untuk layak ke pusingan separuh akhir.



Tottenham pula mengatasi West Ham 2-1 menerusi gol Steven Bergwijn dan Lucas Moura di padang sendiri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >