Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arteta lega Arsenal atasi Man U dalam perlawanan pertama

Penyerang baru Viktor Gyokeres kurang menyerlah, diganti pada separuh masa kedua
Aug 18, 2025 | 3:27 PM
Mikel Arteta, Arsenal
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berasa gembira pasukannya berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Manchester United, walaupun ia tidak bermain pada tahap terbaik.   - Foto REUTERS

MANCHESTER: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengakui pasukannya masih belum mencapai tahap permainan yang sebaiknya, namun beliau tetap gembira kerana berjaya menewaskan Manchester United 1-0 dan meraih tiga mata dalam aksi pembukaan Liga Perdana England (EPL) musim ini pada 17 Ogos.

Pemain pertahanan Arsenal, Riccardo Calafiori, memanfaatkan kesilapan kawalan penjaga gol dari Turkey, Altay Bayindir, untuk menanduk masuk gol hasil sepakan penjuru pada awal permainan.

Skuad Arsenal kemudian terus bertahan untuk menangkis serangan bertali arus United bagi memastikan kemenangan.

“Keputusan ini sangat penting bagi kami dalam perlawanan pertama musim ini menentang United di Old Trafford,” kata Arteta selepas berentap dengan United yang menurunkan pemain baru, Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo.

“Apabila anda merasakan mereka sedang membina sesuatu yang istimewa, satu momentum dengan pemain baru, dan mahu memulakan musim ini dengan baik.

“Namun kami tetap menang dalam perlawanan, ia membuat saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” ujar beliau.

Arteta menambah bahawa pasukannya, yang membelanjakan hampir £200 juta ($347 juta) pada musim penutup selepas tiga musim berturut-turut menduduki tempat kedua, melakukan beberapa perkara dengan baik dalam perlawanan itu.

“Pertama sekali, memanfaatkan sepakan penjuru, dan kemudian bertindak balas terhadap kesilapan lawan... Cara setiap pemain bermain telah memberikan kami peluang kemenangan.

“Jika tidak, ia adalah mustahil. Itu menunjukkan bagaimana kami bersaing dan sekuat mana keinginan kami untuk menang,” katanya.

Walaupun United dilihat sebagai pasukan lebih baik, Arteta berkata kemenangan tersebut memberi keyakinan kepada pasukannya, walaupun ia tidak menunjukkan persembahan pada tahap terbaik.

“Apabila anda tidak mencapai standard anda dalam aspek tertentu, seperti yang berlaku hari ini, tetapi masih berjaya mencari jalan untuk menang dalam perlawanan tersebut, ia sudah memadai,” katanya.

“Pasukan ini harus mengekalkan momentum seperti ini sepanjang 10 bulan dalam musim ini untuk terus menang.

“Sudah tentu, banyak perkara masih perlu dibaiki dan ia akan berlaku tidak lama lagi. Tetapi dari segi memastikan keputusan baik dicapai, ini adalah satu permulaan yang baik,” tambahnya.

Penyerang baru Arsenal dari Sweden, Viktor Gyokeres, bagaimanapun kurang menyerlah dalam penampilan pertamanya dalam EPL.

Akibatnya, beliau digantikan pada awal separuh masa kedua.

Laporan sebelum ini menyatakan Arteta berada di bawah tekanan untuk membuktikan bahawa pasukan tersebut sekadar pencabar kejuaraan.

Selepas beberapa kali nyaris bergelar juara, misinya kini jelas – iaitu menamatkan kemarau kejuaraan liga yang telah berlarutan sejak 2004.

Untuk merealisasikan impian itu, Arteta telah menerima sokongan penuh kelab dari segi pemindahan pemain.

Martin Zubimendi dan Noni Madueke dibawa masuk dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sekitar £100 juta.

Namun, tumpuan utama dituju kepada pembelian Gyokeres daripada Sporting Lisbon dengan nilai perpindahan sekitar 73 juta euro ($109.3 juta). – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg