Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arteta tiada rancangan untuk berundur

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan jawatannya dan merasakan bahawa beliau mendapat sokongan sepenuhnya dari kelab tersebut.



The Gunners gagal memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dalam saingan Liga Perdana England (EPL), di mana mereka tewas lima perlawanan dan seri dua perlawanan, sekali gus menyaksikan mereka jatuh ke tangga ke-15.



"Saya enggan memikirkan tentang perkara itu kerana ia akan membuat saya fikirkan tentang hal negatif dan saya tidak mampu membuat demikian," kata Arteta.



"Pada masa ini, saya perlu cuba berusaha bersikap positif."



Arteta berkata demikian sebelum perlawanan suku akhir Piala Carabao menentang Manchester City awal pagi tadi.



"Kami sedang melalui tempoh sulit, dan perkara terakhir yang ingin kami fikirkan adalah masalah yang akan kami hadapi dalam masa beberapa bulan mendatang.



"Saya tahu akan tanggungjawab yang perlu saya pikul dan sebab itu saya berada di sini. Sejak beberapa bulan yang lalu, semua orang tahu bahawa masalah ini tidak mampu diselesaikan dengan mudah. Saya rasa itulah kesedaran yang dirasakan oleh semua di dalam kelab ini," ujarnya lagi.



Arteta dilantik oleh Arsenal pada Disember 2019 dan telah membantu kelab itu menjulang Piala FA musim lalu.



Walau bagaimanapun, pasukannya kian gagal mempamerkan persembahan yang baik dan hanya mampu menjaringkan tiga gol dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.



Beliau menegaskan bahawa masih terdapat kesepakatan di dalam pasukannya dan suasana kekal utuh walaupun mereka berasa kecewa disebabkan keputusan liga yang tidak menyebelahi mereka.



Pengendali dari Sepanyol itu berkata: "Dari dalam kelab ini, saya hanya dapat merasakan sokongan dan keyakinan bahawa kami dapat mengharungi ini bersama.



"Sebuah kelab bertaraf tinggi seperti ini berhak mendapat yang terbaik, dan jika sebaliknya berlaku, ramai yang akan tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku.



"Saya bertanggungjawab dari segi keputusan yang kami raih, dan saya perlu menerima hakikat itu." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >