Premium
Arteta tidak ada dana perkuat 'The Gunners'
Jul 19, 2020 | 5:30 AM
NAIKKAN SEMANGAT PEMAIN: Sejak dilantik sebagai pengurus terbaru Arsenal, Arteta telah menunjukkan bahawa beliau mampu menukar haluan kelab itu, bermula dengan mentaliti dan semangat pemainnya.- Foto REUTERS -
LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata beliau bimbang tidak memiliki dana yang besar untuk memperkuatkan lagi pasukannya apabila jendela pemindahan pemain dibuka pada Januari nanti.
Meskipun berjaya menewaskan Liverpool 2-1 pada Khamis lalu, masih terdapat jurang 40 mata antara juara baru itu dengan Arsenal yang menduduki tangga kesembilan, tiga mata di belakang pasukan keenam, Wolverhampton.

