Topik diikuti
Pergi ke BHkuArteta yakin Aubameyang kekal bersama Gunners
1 of 2
Arteta yakin Aubameyang kekal bersama Gunners
LONDON: Pengurus Arsenal Mikel Arteta percaya kapten kelab itu Pierre-Emerick Aubameyang kini telah diyakinkan untuk kekal bersama kelab tersebut lebih-lebih lagi setelah beliau memainkan peranan besar dalam kemenangan menentang Liverpool dalam perlawanan Piala Masyarakat.
Penyerang itu, yang tamat kontrak bersama Arsenal pada akhir musim 2020/21 menjaringkan gol cantik untuk membuka tirai jaringan sebelum pemain Jepun, Takumi Mainamino, menyamakan kedudukan bagi Liverpool.
