Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

AS$1 juta untuk jubah Piala Dunia Messi

Dec 24, 2022 | 02:41 PM



LONDON: Seorang ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi ‘AS$1 juta’ ($1.35 juta) untuk jubah dipakainya ketika meraikan kejayaan Argentina di Piala Dunia.


Pakaian berkenaan, jubah tradisional Arab yang dipakai ketika majlis istimewa dan upacara seperti perkahwinan dan acara keagamaan, dipakaikan kepada Messi oleh Emir Qatar, selepas kejayaan mengatasi Perancis di final.


Dia kemudian terus menjulang trofi dengan memakai jubah berkenaan menyebabkan sebahagian penyokong mengkritik penganjur kerana dikatakan cuba ‘merompak’ saat indah Argentina.


Seorang pemerhati yang menyedarinya ialah Encik Ahmed Al Barwani dari Parlimen Oman yang kemudian mengeluarkan kenyataan di Twitter:


“Daripada Kesultanan Oman, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

“Jubah Arab, simbol kesatria dan kebijaksanaan. Saya tawarkan anda AS$1 juta bagi jubah itu.”


Dia kemudian memberitahu media National bahawa jumlah berkenaan yang dikatakan hanya menyamai jumlah seminggu gaji Messi, masih terbuka untuk dibincangkan dan menambah bahawa jika dia berjaya mendapatkan jubah itu, ia akan "dipamerkan untuk memperingati saat menerima penghormatan dan membantu kami menghidupkannya".


“Saya berada di stadium menyaksikan saat itu secara langsung apabila Emir Qatar memberikan Messi jubah itu. Saat itu ia memberitahu dunia bahawa kami ada di sini, dan inilah budaya kami,” ujarnya.


Trofi yang dijulang  Messi yang memakai jubah adalah susulan kejayaan hebat pada final menyaksikan Argentina mengatasi Perancis selepas 120 minit. - Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >