Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BINA BADAN

Atlet bina badan diundang jalani ujian sertai skuad nasional

ABPS-SG anjur sesi pemilihan sebagai persiapan hadapi Kejohanan Asia dan Dunia pada Sept, Okt
Mar 28, 2021 | 05:30 AM



SUDAH bersedia bergaya dan menonjolkan potensi anda di pentas Asia dan dunia?



Jika sudah, Persatuan bagi Bina Badan dan Susuk Badan (Singapura) atau ABPS (Singapore) mengundang anda menjalani sesi pemilihan bagi menyertai skuad negara.



Habuannya: mewakili Singapura dalam dua kejohanan besar lagi berprestij iaitu Kejuaraan Asia dan Kejuaraan Dunia yang bakal berlangsung pada tahun ini.



Selepas ditiadakan pada tahun lalu ekoran pandemik Covid-19, kededua kejohanan itu akan diadakan semula pada tahun ini.



Kejohanan Bina Badan dan Susuk Badan Asia Ke-54 dijadual diadakan dari 1 hingga 7 September ini di Maldives, manakala Kejohanan Bina Badan dan Susuk Badan Dunia akan berlangsung di Tashkent, Uzbekistan, dari 1 hingga 7 Oktober 2021.



"Kami amat ghairah untuk mengumumkan bahawa ABPS (Singapore) akan menganjurkan sesi ujian pemilihan pada 24 April ini melibatkan kesemua tujuh persatuan kerabatnya bagi menyertai skuad bina badan nasional untuk mewakili negara dalam kededua kejohanan ini.



"Dengan itu, kami mengundang atlet bina badan yang bergiat aktif di luar sana tampil mengambil bahagian untuk menunjukkan bakat dan potensi mereka dan membantu negara memenangi pingat dalam kededua kejohanan berprestij itu," kata Presiden ABPS M. Letchmenon kepada Berita Harian.



Sesi ujian itu akan diadakan di UFC Gym Singapore di City Link Mall mulai 9 pagi.



Sehingga kini, sekitar 20 atlet telah mendaftar untuk menyertai sesi tersebut, termasuk dua atlet muda, Jeremy Yeoh Ji-Guo dan Muhammad Harith Rio Dinie Mokhalil.



Singapura menyertai kededua kejohanan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memberi pendedahan kepada atletnya.



Salah satu pencapaian cemerlang ialah kemenangan Shaifulhaq Ahmad Ishak yang merangkul dua kemenangan dalam masa tiga bulan pada 2018.



Pada Julai tahun itu, Shaifulhaq menang kategori 80kg dalam Kejohanan Bina Badan dan Susuk Badan Asia Tenggara ke-15 di Siem Reap, Kemboja. Beliau juga dinamakan sebagai Mr Southeast Asia.



Pada Oktober 2018 pula, Shaifulhaq memenangi gelaran Mr Asia bagi kategori 75kg dalam Kejohanan Bina Badan dan Susuk Badan Asia ke-52 di Pune, India.



Dollah Ja'afar pula menjuarai kategori Masters Usia 60 Ke Atas dalam Kejohanan Asian di Seoul, Korea Selatan; dan Kejohanan Sedunia di Pattaya, Thailand, pada 2016.



Pada tahun berikutnya, beliau muncul juara kategori Masters Usia 60 Ke Atas dalam Kejohanan Sedunia WBPF Kesembilan di Mongolia.



Dalam kejohanan yang ke-10 di Chiang Mai, Thailand, pada 2018 pula, Dollah mendapat tempat kedua.



Dalam kejohanan-kejohanan yang lalu, sekitar 500 atlet lelaki dan wanita dari 50 negara akan bertarung untuk merebut kejuaraan dalam 42 kategori.



Namun dek pandemik Covid- 19, tidak diketahui berapa atlet akan turun padang kali ini.



Menurut Letchmenon lagi, ABPS memutuskan untuk melantik Dollah sebagai jurulatih nasional sejak 2019.



Ini bertujuan mempertingkat kesediaan dan potensi atlet setempat dalam kejohanan antarabangsa.



Dollah sendiri secara gigih membuat persiapan untuk merebut kembali kategori Masters Usia 60 Ke Atas yang pernah dimenanginya di Mongolia.



Undangan ABPS itu satu peluang yang dinanti-nantikan Muhammad Harith, 33 tahun, seorang jurulatih bina badan peribadi di Ufit Orchard.



"Saya berasa gembira sukan bina badan aktif semula setelah setahun berdiam kerana pandemik Covid-19.



"Saya mendapat tahu mengenai sesi pemilihan ini daripada Abang Dollah (jurulatih nasional). Pastinya saya akan menyertai sesi ini dan berasa amat berbesar hati berpeluang berlatih di bawah bimbingan jurulatih nasional," kata Muhammad Harith, yang bertekad memberikan yang terbaik dalam kategori 70kg.



Beliau pernah menyertai kejohanan di peringkat Asia Tenggara di Batam, Indonesia, pada 2019 dan menduduki enam tempat terbaik dalam kategori 65kg.



Seorang lagi atlet yang menunjukkan minat menyertai sesi pemilihan itu ialah Jeremy Yeoh, juga 33 tahun, peguam korporat dengan fokus pada bidang tekhnologi, kewangan dan penjagaan kesihatan.



"Singapura mempunyai sejarah menghasilkan atlet bina badan yang hebat sebagai bukti kejayaannya dalam sukan.



"Menjadi satu penghargaan jika saya diberi peluang mewakili negara," tambah Jeremy sambil menambah bahawa namanya dalam bahasa Mandarin membawa maksud "untuk negara sendiri".



Beliau, yang bergiat secara aktif dalam bina badan sejak 10 tahun lalu, pernah menyertai Kejohanan Asia Tenggara di Yangon pada 2019 dalam acara klasik, antara tiga acara dalam sukan itu selain bina badan dan kategori susuk badan.




SESI KENAL PASTI, PILIH ATLET BERPOTENSI



"Kami berbesar hati dapat menganjurkan sesi ujian ini untuk mengenal pasti dan memilih atlet yang kami yakin dapat mengembalikan kegemilangan sukan ini di Singapura. Ini pastinya satu usaha positif untuk meletakkan bina badan dan susuk badan sebagai antara sukan utama dalam ingatan peminat. Ia juga diharap dapat menjadi inspirasi kepada satu generasi baru atlet dalam sukan ini."
- Dollah Ja'afar, jurulatih nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >