Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet boling padang tunjuk prestasi baik

Oct 27, 2023 | 12:14 PM



Atlet Singapura Faridah Salleh dan Khirmern Mohamed masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa, yang merupakan dua pingat pertama untuk sukan boling padang bagi negara pada Rabu.

Sehari sebelumnya, penembak para Daniel Chan telah melayakkan dirinya untuk Paralimpik 2024 apabila beliau menduduki tempat kelima dalam acara pistol udara lelaki SH1 10 meter.

Sebelum ini, tiada penembak Singapura yang tampil di sukan Paralimpik.

Menurut laporan The Straits Times, selain sukan menembak, Singapura juga akan mempunyai wakil dalam sukan renang dan memanah di Paralimpik Paris 2024.


Boling padang tidak dianggap sebagai satu sukan Paralimpik, dan ini menjadikan pencapaian Faridah di Hangzhou Wenhui School Green lebih istimewa.

Pemain berusia 66 tahun itu, disahkan menghidap polio di kaki kanannya, tewas 21-7 dalam perlawanan peringkat akhir perseorangan wanita B6 kepada Somwang Chamnanpana.

Ini merupakan kekalahan keduanya kepada pemain Thailand itu selepas mereka bertemu di peringkat kumpulan.

Faridah telah memenangi tiga lagi perlawanannya pada pusingan awal pada Rabu dan telah menewaskan Anju Bala dari India 21-10 pada peringkat separuh akhir.

Mengenai pingat pertamanya dalam percubaan Asia ketiganya, Faridah berkata:

“Ia sememangnya hebat. Ini benar-benar pengalaman pertama saya mencapai perak di Sukan Para Asia.

“Saya telah berusaha keras untuk pencapaian ini. Saya beritahu diri saya bahawa saya akan cuba untuk mendapatkan pingat pada usia apa pun, itulah sebabnya saya terus mencuba sehingga saya berumur 66 tahun.”

Faridah, yang juga terlibat dalam pertandingan beregu campuran bersama Mawjit Singh, menambah: “Kami (akan) cuba mendapatkan emas dalam acara beregu.”

Rakan sepasukannya, Khirmern, 53 tahun, yang kaki kirinya dipotong, menewaskan Song Myeung-jun dari Korea Selatan 17-11 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa B7 perseorangan lelaki.

Khirmern percaya bahawa dengan pingat gangsa dalam genggamannya, beliau akan berpeluang untuk mendapatkan Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Spex) agar beliau boleh beralih menjadi atlet sepenuh masa.

“Apabila saya datang sini sebagai seorang peserta kali pertama, sasaran saya hanya tempat empat teratas, tetapi untuk mendapatkan pingat gangsa ini, saya sangat gembira, terharu dan teruja,” kata beliau.

Presiden Parabowl Singapura, James Chia berkata:

“Saya rasa semua persembahan hebat dan kemenangan pingat ini sebenarnya tidak datang dengan mudah, pastinya bukan tanpa kerja keras, berpeluh dan air mata di sebalik tabir.”

Singapura juga mempunyai satu lagi perak (Toh Wei Soong dalam acara 400 meter gaya bebas S7 lelaki) dan gangsa (Claire Toh dalam perseorangan wanita tenis meja Kelas 1-2).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >