Topik diikuti
Pergi ke BHkuAtlet Britain diserang semula penyakit kronik
Atlet Britain diserang semula penyakit kronik
Atlet Britain diserang semula penyakit kronik
ATLET Britain, Lina Nielsen, mendedahkan beliau telah didiagnos mengalami penyakit 'multiple sclerosis' (MS), sejenis penyakit yang menjejas sistem saraf tunjang, dan berharap dapat menjadi inspirasi bagi lebih ramai pesakit untuk keluar dan berterus terang mengenai keadaan mereka.
Pelari lompat pagar 400 meter itu mengambil keputusan membuat pendedahan tersebut setelah keadaannya itu bertambah buruk dan menjejas persembahan beliau dalam Kejuaran Dunia baru-baru ini.
Nielsen berkata beliau pertama kali didiagnos semasa berusia 13 tahun. Keadaannya itu berjaya dikawal namun kembali menyerang semasa beliau berusia 17 tahun.
Kini berusia 26 tahun, keadaan itu kian meruncing.
"Saya tidak pernah mahu dikenali sebagai atlet yang mempunyai MS," kata Nielsen.
MS adalah keadaan sepanjang hayat yang menjejas otak dan sistem saraf. Ia tiada penawar, namun dapat dirawat.
Nielsen mempunyai seorang adik kembar, Laviai, juga seorang atlet pecut Britain.
Beliau telah diuji bagi MS, namun negatif.
Menurut Nielsen, beliau merasakan sesuatu yang tidak kena beberapa hari sebelum acaranya di Kejuaraan Dunia.
Tangan dan kaki kirinya terasa sebal, dan bahagian kiri tubuhnya terasa lemah.
Ini merupakan permulaan serangan semula MS.
"Sebelum itu saya rasa saya berada dalam keadaan fizikal terbaik dalam kerjaya saya.
"Jadi serangan semula ini amat mengecewakan. Ia adalah perlumbaan paling penting dalam hidup saya, tapi saya tidak mampu berlari," ujarnya, yang mengakhiri perlumbaan di tempat terakhir. - Reuters.
