Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Adakah Benzema penyerang terbaik dunia?

Mar 21, 2022 | 05:30 AM



BERMAIN di stadium Santiago Bernabeu selama 13 tahun membuat penyerang Karim Benzema antara pemain setia di dalam skuad Real Madrid.



Namun, baru kali ini beliau berasa sedang berada di puncak tertinggi di dalam kariernya itu.



Ini selepas Benzema, 34 tahun, mencipta sejarah sebagai pemain paling tua menjaringkan hatrik yang menakjubkan di Liga Juara-Juara apabila golnya menyingkirkan Paris Saint Germain (PSG) untuk bantu Real mara ke pusingan suku akhir pertandingan itu pada 10 Mac lalu.



Apatah lagi, Real ketinggalan dengan agregat 0-2 selepas Kylian Mbappe meletakkan PSG di depan di Santiago Bernabeu pada separuh masa pertama.



Pemain antarabangsa Prancis itu juga mengaku bahwa 2021/22 menjadi musim terbaiknya selama menyarung jersi Los Blancos.



Sejak perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus pada 2018 lalu, Benzema telah menjadi penyerang utama bagi Real dan catatan golnya meningkat pesat sejak saat itu.



Hatriknya ke gawang PSG membuat beliau melonjak ke atas legenda kelab Alfredo Di Stefano sebagai penjaring gol terbanyak ketiga sepanjang masa Los Blancos.



Beliau juga berada di tempat keempat di dalam senarai penjaring terbanyak di dalam Liga Juara-Juara dengan 79 gol.



Ronaldo (140 gol), Lionel Messi (125 gol) dan Robert Lewandowski (85 gol) pula berada di depan beliau.



Sejauh ini, Benzema telah menjaringkan lapan gol dari tujuh perlawanan di dalam pertandingan itu.



Namun, ia masih ketinggalan empat gol daripada Lewandowski yang berada di depan sebagai penjaring terbanyak musim ini.



Walau bagaimanapun, jaringan penyerang Perancis itu kekal konsisten apabila beliau menjaringkan lebih 25 gol dalam empat musim berturut-turut.



Walaupun Mbappe, Erling Braut Haaland di Borussia Dortmund dan Lewandowski dari Bayern Munich, sering dikatakan sebagai penyerang terbaik di dunia, Benzema agak berada di bawah radar meskipun mempunyai rekod fenomenalnya sendiri.



Secara keseluruhan, beliau telah menjaringkan 28 gol dalam 33 perlawanan musim ini sambil memberikan 12 'assist'.



"Saya rasa Karim Benzema berasa seperti beliau agak dipandang rendah di Real Madrid dan menggunakan itu sebagai motivasinya dalam perlawanan.



"Statistiknya juga menunjukkan beliau berada dalam kalangan penyerang lain dalam Liga Juara-Juara sejak beberapa tahun lalu," kata penyerang wanita England dan Everton, Izzy Christiansen.



Bekas pertahanan England dan Manchester United, Rio Ferdinand, pula berpendapat bahawa Benzema adalah pemain nombor sembilan yang paling lengkap.



"Beliau melakukan setiap bahagian permainan dengan hebat," tambah Ferdinand.



Bekas penyerang England dan Barcelona, Gary Lineker, turut memberikan pujian tinggi.



"Karim Benzema tidak dapat dinafikan antara pemain nombor 9 terhebat sepanjang zaman," katanya dalam akaun Twitter beliau.



Rakan sepasukan, Thibout Courtois pula meramalkan anugerah Ballon d'Or akan menjadi milik penyerang itu musim depan.



Meskipun kecemerlangan Benzema musim ini, ia bakal berubah sekiranya Mbappe menyertai Real musim depan.



"Sejak Cristiano Ronaldo pergi, saya tahu Karim Benzema telah meningkat, tetapi saya fikir beliau (Mbappe) akan sesuai dengan Real Madrid.



"Saya mengharapkan peminat memberi sambutan yang luar biasa kepadanya. Beliau kelihatan ditakdirkan untuk itu. Kepantasan Kylian Mbappe akan menakutkan mana-mana pertahanan termasuk Virgil van Dijk. Beliau begitu pantas," kata bekas pemain pertahanan Leeds dan Real, Jonathan Woodgate.



Walau apa pun masa depan mereka, Benzema hanya tertumpu untuk membawa kejayaan untuk Real Madrid musim ini dan membuktikan mereka masih layak untuk dianggap sebagai salah satu kelab terbesar dalam bola sepak dunia. - Agensi berita.







SEKILAS PENCAPAIAN



■ Benzema cipta sejarah sebagai pemain paling tua menjaringkan hatrik di Liga Juara-Juara apabila golnya menyingkirkan Paris Saint Germain (PSG) dan bantu Real mara ke pusingan suku akhir.



■ Benzema keempat dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 79 gol.



Ronaldo (140 gol), Lionel Messi (125 gol) dan Robert Lewandowski (85 gol).



Sejauh ini, Benzema telah menjaringkan lapan gol dari tujuh perlawanan dalam pertandingan itu.



■ Secara keseluruhan, Benzema jaringkan 28 gol dalam 33 perlawanan musim ini dan 12 'assist'.








PUJIAN DAN SANJUNGAN 



"Karim Benzema tidak dapat dinafikan antara pemain nombor 9 terhebat sepanjang zaman.''
- Gary Lineker, bekas penyerang England dan Barcelona.



"Beliau melakukan setiap bahagian permainan dengan hebat.''
- Rio Ferdinand, bekas pertahanan England dan Manchester United.



"Saya rasa Karim Benzema berasa seperti beliau agak dipandang rendah di Real Madrid dan menggunakan itu sebagai motivasinya dalam perlawanan.
Statistiknya juga menunjukkan beliau berada dalam kalangan penyerang lain dalam Liga Juara-Juara sejak beberapa tahun lalu.''
- Izzy Christiansen, penyerang wanita England dan Everton.



"Sejak Cristiano Ronaldo pergi, saya tahu Karim Benzema telah meningkat, tetapi saya fikir beliau (Mbappe) akan sesuai dengan Real Madrid.
Saya mengharapkan peminat memberi sambutan yang luar biasa kepadanya. Beliau kelihatan ditakdirkan untuk itu.
Kepantasan Kylian Mbappe akan menakutkan mana-mana pertahanan termasuk Virgil van Dijk. Beliau begitu pantas."
- Jonathan Woodgate, bekas pemain pertahanan Leeds dan Real Madrid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >