Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET JADI TUMPUAN

400 gol usia 40 tahun Zlatan belum rela bersara

Zlatan belum rela bersara
Nov 05, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Beliau baru sahaja menyambut ulang tahun ke-40 tahun bulan lalu tetapi perbincangan mengenai kerjaya Zlatan Ibrahimovic tidak berpusat pada bila Zlatan nak bersara.



Sebaliknya, kini ada desas-desus beliau ingin berpindah ke liga utama lain untuk beradu bakat dan meneruskan kerjayanya di peringkat tertinggi bola sepak.



Ini selepas warga Sweden itu menjaringkan gol liga ke-400 dalam kerjaya profesional awal minggu ini, membantu AC Milan menewaskan Roma 1-2 di tempat lawan.



Malah, Ibrahimovic telah mencetus spekulasi beliau akan berpindah ke kelab lain selepas berkata:



"Saya tidak akan berhenti bermain kecuali saya dihumban keluar."



Kontrak Ibrahimovic dengan Milan dijangka berakhir pada April depan dan ramai pemerhati bola sepak berkata beliau mungkin menghabiskan kerjaya di San Siro.



Beliau juga telah berkata rahsia beliau boleh bertahan lama dalam kerjaya bola sepak bukan sahaja kerana kekuatan jasmani, malah kekuatan mindanya.



"Minda saya adalah rahsia kekuatan saya. Saya hanya cuba membuktikan saya masih mampu dan akan terus menceburi sukan yang saya amat cintai," ujar beliau.



"Setiap hari, saya masih ingin mempertingkat diri saya sendiri, walaupun saya memang tidak boleh beraksi dengan cara yang saya lakukan dulu.



"Namun saya kini beraksi dengan lebih bijak... saya lebih berpengalaman. Dan saya tidak hairan kenapa saya masih boleh beraksi di tahap yang begitu tinggi.



"Jawapannya mudah. Saya pemain terbaik," kata Ibrahimovic yang berkata beliau tidak lagi perlu membuktikan keupayaan kepada sesiapa.



"Saya bersara terlalu awal dan selepas itu menyesali keputusan itu apabila saya sedar saya sebenarnya boleh meneruskan kerjaya,'' kata Ibrahimovic.



BELUM BERPUAS HATI



Nama Ibrahimovic kini dikaitkan sebagai seorang pemain yang sentiasa meraih kejayaan walaupun di mana sahaja beraksi, termasuk di lima negara berbeza dan menjulang trofi gelanggang Eropah bersama Barcelona dan Manchester United.



Selain itu, beliau telah menyarung jersi Malmo di Sweden, Ajax (Belanda), Juventus, Inter Milan, Paris Saint-Germain dan LA Galaxy.



Pada masa ini, beliau berasa masih boleh membantu Milan memenangi satu lagi kejuaraan liga, selepas pasukan itu hampir merampas kejuaraan daripada Inter Milan pada musim lalu.



Kemenangan ke atas Roma di awal minggu memberikan Milan tiga lagi mata dan ia kini berkongsi tempat di puncak liga dengan Napoli, masing-masing dengan 11 mata.



Kali terakhir Ibrahimovic memenangi sebarang kejuaraan dengan Milan adalah pada sedekad yang lalu, apabila kelab itu menjulang trofi Serie A.



"Kita perlu yakin diri. Apabila kita yakin, semua perkara yang kita impikan akan menjadi realiti, tapi kita perlu berusaha gigih untuk mengejar impian itu." ujar beliau.



GESA PEMAIN LAIN TUNJUK 'STANDARD'



Satu lagi sifat Ibrahimovic yang tidak berubah pada usia lanjut adalah keberaniannya untuk mengkritik pemain lain.



Baru-baru ini beliau menuduh Kylian Mbappe, yang menyarung jersi PSG sebagai seorang pemain yang kurang memberi sumbangan kepada pasukan.



Beliau menggesa pemain itu berkorban bagi pasukan dan bermain berhempas pulas di padang.



"Buat masa ini, beliau belum lagi menunjukkan beliau rela berdarah atau berjalan di atas bara api untuk menjadi pemain terbaik di dunia''.



Mbappe, yang dianggap pemain terbaik bagi generasinya sedang mengharungi tempoh permainan yang mengecewakan bagi PSG dan dilaporkan ingin berpindah dari kelab itu. - Agensi berita




RAHSIA ZLATAN BERTAHAN LAMA

"Minda saya adalah rahsia kekuatan saya. Saya hanya cuba membuktikan saya masih mampu dan akan terus menceburi sukan yang saya amat cintai.

"Setiap hari, saya masih ingin mempertingkat diri saya sendiri, ..."Namun saya kini beraksi dengan lebih bijak... saya lebih berpengalaman. Dan saya tidak hairan kenapa saya masih boleh beraksi di tahap yang begitu tinggi.

"Jawapannya mudah. Saya pemain terbaik.''

- Zlatan Ibrahimovic




565 GOL DALAM 954 PERLAWANAN



Zlatan Ibrahimovic mungkin suka ‘cakap besar’.

Namun, rekod jaringannya menunjukkan seorang pemain yang menyumbang banyak gol kepada kelab dan negara.

Secara keseluruhan, Ibrahimovic menjaringkan satu gol setiap 1.68 permainan



Malmo: 18 gol, 47 perlawanan

Ajax: 48 gol, 110 perlawanan

Juventus: 26 gol, 92 perlawanan

Inter Milan: 66 gol, 117 perlawanan

Barcelona: 22 gol, 46 perlawanan

AC Milan: 85 gol, 133 perlawanan (dalam dua tempoh berasingan)

Manchester United: 29 gol, 53 perlawanan

LA Galaxy: 53 gol, 58 perlawanan

Sweden: 62 gol, 118 perlawanan





ANTARA PENJARING GOL TERHEBAT



1. Cristiano Ronaldo: 790 gol

2. Lionel Messi: 752 gol

3. Zlatan Ibrahimovic: 565 gol

4. Robert Lewandowski: 544 gol

5. Luis Suarez: 492 gol




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >