Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET JADI TUMPUAN

Tak Salah kekal di Liverpool

Tuntut naik gaji $926,000 seminggu cetus perbahasan
Nov 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Dalam sekitar 150 perlawanan bagi Liverpool dalam Liga Perdana England, Mohamad Salah telah pun menjaringkan 107 gol sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai the 'Egyptian King' atau 'Raja Mesir' di Anfield.



Kerjaya Salah benar-benar mekar di bawah bimbingan jurulatih Jurgen Klopp setelah gagal memperkukuh reputasinya bersama Chelsea di England sebelum ini, di mana beliau hanya mencatatkan 13 penampilan sepanjang dua musim dan hanya menjaringkan 2 gol, sebelum meninggalkan England untuk menyertai Roma di Italy.



Bagaimanapun, terdapat kemungkinan Raja Mesir itu akan bertakhta di kelab yang lain musim depan, dengan rundingan kontrak baru bersama Liverpool tidak menunjukkan sebarang kemajuan.



Setelah menjadi pemain utama Liverpool dan membantu kelab itu menjulang kejuaraan Liga Perdana England yang pertama dalam tiga dekad selain memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah, wakil pemain itu menuntut gaji £500,000 ($926,000) seminggu.



"Ia adalah jumlah yang luar biasa, tapi kita juga sedang membincangkan mengenai pemain yang bukan biasa-biasa," kata legenda Anfield, John Barnes.



"Tapi adakah gaji sebesar itu wajar bagi pemain yang akan mencecah usia 30 tahun sebelum musim 2022/23 bermula? Itu sesuatu yang perlu dipertimbangkan Liverpool," ujarnya.



Namun, ramai seperti Barnes tidak akan begitu risau sekiranya Liverpool memecahkan struktur gaji kelab tersebut untuk memastikan Salah kekal di Anfield.



Pasukan pengurusan pemain itu sendiri agak tenang. Mereka tahu, ini adalah 'kontrak lumayan' terakhir pemain itu, dengan kontrak seterusnya dalam tiga, empat tahun akan datang, secara realistik adalah kontrak terakhir sebelum pemain itu melabuhkan tirai kerjayanya, sekurang-kurangnya di peringkat tertinggi.



"Kami tidak terburu-buru," kata sumber yang rapat dengan pemain itu.



"Salah senang di Liverpool dan kami tahu kelab itu menghargai pemain ini. Liverpool tahu apa yang diperlukan untuk Salah mengikat kontrak lanjut dengan kelab ini. Sementara itu, Salah fokus kepada tugas beliau," tambahnya.



Pemain itu sendiri berkata beliau berharap dapat terus kekal di kelab Anfield itu dan tidak boleh membayangkan dirinya bermain untuk kelab lain menentang Liverpool, meskipun enggan memberi pengesahan mengenai rundingan kontrak beliau itu.



Namun, pemilik Liverpool, meskipun mempunyai kemampuan dari segi kewangan, dikenali dengan cara pengurusan berdasarkan kesederhanaan.



Lantaran itulah, Klopp begitu sempurna untuk Liverpool, kerana beliau dikenali sebagai jurulatih yang dapat melihat bakat terpendam pemain dan mengasah mereka menjadi pemain bertaraf dunia, kata bekas pemain pertahanan dan naib kapten Liverpool, Jamie Carragher.



Di samping itu, Carragher berkata keyakinan Liverpool untuk memanjangkan rundingan ialah kerana mereka mengetahui tidak ada banyak kelab lain yang sanggup atau mampu memenuhi permintaan gaji pemain tersebut.



Carragher berkata, lazimnya kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona, menjadi tujuan utama para pemain seperti Salah.



Namun, kededua kelab itu sendiri sedang berdepan dengan keterbatasan kewangan.



"Keadaan lebih meruncing bagi Barcelona dari Real. Saya rasa kita boleh melupakan Barca sebagai tujuan alternatif bagi Salah," kata Carragher yang menyarung jersi Liverpool dari 1996 hingga 2013.



"Keadaan Real lebih baik tapi mereka telah meletakkan (Kylan) Mbappe sebagai sasaran utama mereka, dan saya tidak rasa mereka mempunyai dana mencukupi untuk mendapatkan khidmat seorang lagi superstar," tambahnya.



Dengan itu, menurut Carragher, destinasi alternatif lain ialah kelab-kelab di England seperti Manchester City atau Manchester United sesuatu yang beliau rasa tidak akan berlaku.



"Jadi satu-satunya alternatif ialah PSG. Dan sekiranya mereka menjual Mbappe ke Real, mereka mahukan pengganti untuk memuaskan para penyokong mereka. PSG juga mampu membayar gaji yang tinggi itu," ujar Carragher lagi.



Bagaimanapun, bekas kapten Aston Villa dan Ireland, Andy Townsend, berkata Salah harus kekal di Liverpool dan memenangi piala demi piala dalam tiga, empat tahun akan datang.



"Pasukan Liverpool ini, di bawah kepimpinan Klopp, mampu memenangi segala-galanya dan benar-benar menjadi pesaing utama Manchester City sebagai pasukan dominan di England.



"Beliau mampu menjadi legenda sejati di Liverpool dan saya harap, dari sudut pandangan 'neutral' juga, untuk beliau kekal dalam Liga Perdana," ujarnya.



Akur, Barnes berkata tidak dapat dinafikan, Salah mampu menyerlah dan memenangi banyak lagi kejuaraan bersama PSG.



"Saingan di liga Perancis tidak begitu sengit, dan Salah boleh mendapat jaminan akan memenangi piala di sana. PSG juga mahukan kejuaraan Liga Juara-Juara, dan Salah mempunyai pengalaman luas dalam pertandingan itu dan mungkin dapat membantu kelab tersebut mencapai impian mereka.



"Namun, sebagai seorang bekas pemain yang mengetahui pemikiran penyokong Liverpool, Salah mempunyai peluang untuk benar-benar menjadi legenda di Liverpool dan itu adalah satu tarikan yang cukup besar.



"Adakah ia lebih besar dari gaji £500,000? Ini adalah soalan yang hanya boleh dijawab pemain itu sendiri," ujarnya. - Agensi berita.




APA KATA PENYOKONG LIVERPOOL SG? 



"Salah telah menunjukkan persembahan yang konsisten dengan bukan hanya menjaringkan gol tapi juga dalam merintis peluang jaringan untuk pemain lain. Justeru, saya rasa yakin beliau dapat meneruskan konsistensi ini dan terus menjaringkan banyak lagi gol untuk Liverpool. Jadi saya dan ramai lagi penyokong liverpool yakin bahawa beliau berhak membuat tuntutan gaji sedemikian.



"Tentu sekali Livepool mesti menawarkan kontrak baru dan memenuhi permintaan Salah. Sebagai penyokong saya tidak ada keraguan bahawa beliau mampu untuk terus menyumbang kepada kejayaan Liverpool, dan sebagai penyokong juga saya tidak rela melihat Salah bermain untuk kelab lain, lebih-lebih lagi pesaing kami!



"Saya tidak rasa ketegangan akan timbul kerana gaji beliau yang tinggi. Ketegangan akan timbul kalau ada pemain yang tidak menunjukkan persembahan yang baik, pasukan tidak bermain dengan baik, menyebabkan kekalahan dan sebagainya tapi jarang sekali kerana gaji pemain lebih-lebih lagi dalam kelab bola sepak utama."



- Muhammad Razif Roslan, 38 tahun, kakitangan firma keselamatan. Beliau telah menyokong Liverpool sejak berusia 14 tahun.



"Liverpool FC memang sentiasa mencipta sejarah, jadi mengapa tidak kami mencipta sejarah lagi dengan menjadikan 'Egyptian King' pemain dengan gaji tertinggi dalam bola sepak England. Lagipun beliau wajar menerimanya berdasarkan persembahannya sejak menyertai Liverpool.



"Jadi bagi saya Liverpool mesti memenuhi permintaan Salah supaya beliau kekal di Anfield. Pemain itu sendiri mahu kekal bersama Liverpool, dan Liverpool mahu mengekalkan khidmatnya. Jadi apa lagi yang perlu ditangguhkan. Beri saja Salah apa yang beliau mahukan!



"Saya tidak rasa membayar Salah gaji tinggi akan menimbulkan ketegangan. Ketegangan akan timbul bila pemain tidak bermain dengan baik, pasukan mula kalah dan sebagainya, tapi bukan kerana soal gaji lebih-lebih lagi bagi kelab besar. Tambahan, kami juga mempunyai pengurus bertaraf dunia, Jurgen Klopp, yang mampu menangani apa juga ketegangan yang timbul."



- Muhammad Mustaffa Mohammed Yusoff, 35 tahun, Jurutera IT yang telah menyokong Liverpool sejak 1995.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >