Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet lompat tinggi papar semangat kesukanan tinggi - akur kongsi emas

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Dua atlet bersetuju mengongsi pingat emas acara lompat tinggi lelaki di Sukan Olimpik, dalam kejadian yang mungkin diingati sebagai antara detik paling menggembirakan di Tokyo dan mendapat pujian ramai.



Setelah persaingan sengit selama beberapa jam Ahad lalu, warga Italy Gianmarco Tamberi dan warga Qatar Mutaz Barshim terikat di tempat pertama.



Dua kawan baik itu kemudian diberi pilihan menentukan pemenang menerusi jump-off, itu berlumba melompat paling tinggi dalam satu percubaan.



Namun, Barshim mempunyai idea lebih baik: mengapa tidak memberi dua pingat emas?



Pegawai berkata itu tidak mustahil. Barshim mengangguk dan Tamberi langsung menerima keputusan itu, bersalam dengan Barshim dan melompat memeluknya.



Tamberi kemudian terbaring di trek, berguling beberapa kali dan menjerit.



"Saya masih tidak percaya ia berlaku," kata Tamberi. "Berkongsi dengan seorang kawan lebih indah... Ia sungguh menakjubkan."



Beliau terus meraikan kemenangannya dengan memeluk dan mencium orang di sekeliling.



Barshim, walaupun tidak seghairah lawannya, bersetuju kemenangan Sukan Olimpik itu harus dikongsi bersama.



"Bagi saya, datang ke sini, saya tahu dengan persembahan yang saya tunjukkan, saya layak mendapat emas itu," katanya. "Dia melakukan perkara sama, jadi saya tahu dia juga layak mendapat emas itu."



Ia paparan semangat kesukanan yang membawa senyuman kepada penonton Sukan Olimpik di serata dunia. Reaksi di media sosial muncul pantas, dengan beberapa pengguna menggambarkannya sebagai detik terbaik temasya sukan itu.



Kemenangan itu datang selepas perjalanan sukar ke Tokyo 2020 bagi kededua atlet itu. Tamberi terlepas peluang beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 setelah buku lalinya patah.



Atlet berusia 29 tahun itu menulis kata-kata semangat, 'Perjalanan ke Tokyo', di balutan simen di kakinya. Kemudian, beliau memangkah 2020 selepas Covid-19 memaksa Olimpik 2020 ditangguh dan menulis dalam warna merah, '2021'. Balutan simen itu diletak di trek ketika beliau bersaing bagi pingat emas Ahad lalu.



"Saya berkata kepada diri saya pada hari itu, 'Saya mahu kembali bertanding di Tokyo dan saya ingin memperjuangkan pingat emas," kata Tamberi.



Barshim juga bergelut dengan kecederaan beberapa tahun menjelang Sukan Olimpik Tokyo. Kemenangan itu menambah kepada kutipan pingat Sukan Olimpik beliau, diletak bersama pingat perak di Rio dan satu lagi pingat di London 2012.



"Ini melebihi sukan," kata atlet berusia 30 tahun itu. "Inilah mesej yang kami mahu sampaikan kepada generasi muda."



Kededua atlet lompat tinggi itu beraksi sempurna hingga palang ditetapkan pada ketinggian rekod Sukan Olimpik 2.39 meter. Kedua-duanya gagal melepasi palang selepas tiga percubaan.



Mereka sebenarnya pernah membincangkan situasi sedemikian, meskipun tidak secara terperinci.



"Kami baru saja berkata, 'Bayangkan'," imbas Barshim. "Hari ini, ia berlaku." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >