Jaguh seni bela diri campuran (MMA) Singapura, Tiffany Teo, kini hanya selangkah lagi daripada meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia.

Atlet berusia 36 tahun itu mengesahkan tempat ke peringkat final selepas menewaskan wakil India, Suchika Tariyal, 2-0 dalam aksi separuh akhir perlawanan kategori 60 kilogram (kg) tradisional wanita di Pusat Sukan Inae Bandar Raya Nagoya pada 21 September.

Nasib kejuaraan Teo akan diputuskan apabila srikandi veteran itu berdepan wakil Uzbekistan, Khilola Sobirova, pada 22 September.

Menang atau kalah, Teo bakal menambah kepada jumlah pingat Singapura.

Sementara itu, perenang Tedd Windsor Chan III Heng Kai, Jonathan Tan Eu Jin, Mikkel Lee Jun Jie, Victoria Carrie Lim Yiyan serta pasukan gaya bebas berganti-ganti 4x200 meter lelaki berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir bagi acara masing-masing pada 21 Sept.

Walaupun gagal menyumbang pingat dalam peringkat final pada hari yang sama, beberapa perenang berkenaan berjaya mencatat rekod peribadi serta rekod negara terbaik baharu.

Perenang, Gan Ching Hwee, menyumbang pingat perak itu menerusi acara gaya bebas 1,500m pada 20 September, manakala atlet Wushu, Zeanne Law Zhi Ning, meraih pingat gangsa bersama dalam acara Taolu Taijiquan-Taijijian Wanita.