Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet negara kecewa Sukan Para Asean Filipina dibatalkan

Tumpu perhatian pada temasya 2021 di Vietnam
APG
May 09, 2020 | 12:26 PM



PERASAAN kecewa tidak dapat dielak selepas Sukan Para Asean (APG) di Filipina akhirnya terpaksa dibatalkan disebabkan penularan wabak Covid-19 di rantau ini.



Bagi atlet sukan-para Singapura, seperti  Nurulasyiqah Mohammad Taha, mereka akur bahawa langkah yang diambil itu adalah yang terbaik bagi melindungi kemaslahatan semua.



Atlet sukan Boccia yang seharusnya bertanding di temasya sukan dwitahunan itu berkata: “Kami faham bahawa perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan wabak Covid-19 di rantau kita dan di seluruh dunia belum stabil.”



Namun begitu, beliau tetap kekal optimistik bahawa APG akan kembali dalam masa terdekat ini.



“Mari kita semua memainkan peranan sendiri dan fokus untuk kekal sihat dalam tempoh ini. Saya berharap dapat melihat atlet ASEAN berkumpul dengan lebih bersemangat dan kuat pada temasya seterusnya,” ujarnya. 



Menyusuli pengumuman terbaru itu, Pengerusi Majlis Paralimpik Nasional Singapura (SNPC) dan Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC), Kevin Wong akur bahawa ramai atlet yang telah berlatih dengan gigih akan berasa kecewa. 



Walau bagaimanpun, beliau berharap semua atlet yang seharusnya bertanding tidak mudah putus semangat dan ambil peluang ini untuk berlatih bagi APG di Vietnam.



“Memandangkan ketidakpastian yang disebabkan pandemik dan pembatalan temasya sukan ini, sekarang mari kita menumpukan perhatian kepada Sukan Para ASEAN berikutnya, di Vietnam pada 2021 dan berusaha untuk menjayakan kempen di sana. Kami berharap semua atlet terus selamat dan mencari cara untuk menyesuaikan latihan mereka.”



Pandemik yang melanda dunia ini telah memaksa kebanyakkan acara dan kejohanan sukan ditangguh atau dibatalkan sepanjang beberapa bulan akan datang.



APG yang kesepuluh ini telah dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 9 Oktober tahun ini selepas ditangguhkan sebanyak dua kali. 



Khamis lalu, Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) mengumumkan bahawa negara itu tidak lagi akan mengadakan temasya sukan untuk sepanjang tahun ini.



Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Filipina (PHILAPGOC), Encik Mike Barredo berkata, PSC perlu memotong dan memperuntukkan semula bajetnya untuk membantu pemerintah Filipina mengurangkan kesan ekonomi di negara itu akibat koronavirus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >