Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atlet negara patut bangga dengan pencapaian diri: Presiden Halimah

Aug 13, 2021 | 5:30 AM
KETEPIKAN KOMEN NEGATIF: Presiden Halimah Yacob (tengah) berinteraksi bersama atlet Sukan Olimpik Singapura, yang bersaing di Tokyo 2020, dalam satu sesi keterlibatan dalam talian semalam. - Foto KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA
KETEPIKAN KOMEN NEGATIF: Presiden Halimah Yacob (tengah) berinteraksi bersama atlet Sukan Olimpik Singapura, yang bersaing di Tokyo 2020, dalam satu sesi keterlibatan dalam talian semalam. - Foto KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA -

PRESIDEN Halimah Yacob menggesa atlet Sukan Olimpik negara supaya jangan menghiraukan hujah kebencian dan menjadikan komen negatif di dalam talian sebagai sumber motivasi.

Bercakap kepada 15 daripada 23 atlet negara yang bertanding di Tokyo 2020 baru-baru ini, termasuk bintang renang Joseph Schooling, semalam, Puan Halimah berkata setiap atlet yang mewakili negara boleh berbangga dengan pencapaian masing-masing dan warga Singapura turut berkongsi perasaan ini.

Beliau berkata ramai yang menghargai usaha mereka dan mendapat sumber inspirasi daripada perbuatan mereka itu, sebagaimana yang boleh dilihat di media sosial dan liputan media.

Namun ada juga sebahagian pihak yang akan mempersoal keupayaan dan kesungguhan atlet semasa bertanding, termasuk segelintir yang melontar kata-kata kebencian.

"Daripada anda menumpukan perhatian kepada mereka... saya gesa anda bertenang dan yakin bahawa tiada siapa yang boleh rampas kesungguhan anda untuk mencapai kecemerlangan.

"Jangan endahkan kata-kata kasar itu dan sebaliknya guna tenaga tersebut untuk mendorong anda mencapai matlamat anda seterusnya," kata Puan Halimah.

Team Singapore bertanding dalam 12 sukan - yang paling banyak dalam sejarah - di Tokyo 2020, tetapi pulang tanpa sebarang pingat buat kali pertama sejak Beijing 2008.

Ini termasuk Schooling, yang memenangi pingat emas bagi perlumbaan gaya kupu-kupu 100 meter di Rio 2016, tetapi gagal melayakkan diri ke separuh akhir acara sama kali ini.

Kelakonan Team Singapore itu, meskipun disambut dengan kebanyakan kata-kata pemberi semangat oleh warga Singapura, turut dikecam oleh sebahagian pihak awam.

Ini mendorong Puan Halimah untuk mempertahankan atlet dan menggalak warga Singapura untuk bersikap baik hati dalam satu pos di Facebook pada 30 Julai.

Semalam, Puan Halimah turut mengucapkan terima kasih kepada kumpulan sokongan bagi atlet yang termasuk keluarga, jurulatih, ahli sains sukan dan pasukan perubatan, selain menggesa pihak berkepentingan dalam ekosistem sukan negara untuk terus membentuk sekitaran yang membolehkan bakat baru dipupuk dan di mana atlet boleh berjaya.

Sesi perjumpaan semalam turut dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong dan pegawai-pegawai lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg