Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Atlet Palestin cipta sejarah di gelanggang karate, impi kedamaian tanah air

Dua hari selepas rangkul gangsa konflik meletus di Gaza
Dec 24, 2023 | 05:32 AM



Seperti ramai atlet tanah airnya, atlet karate Palestin, Hala Alqadi, tidak tahu apakah masa depannya berikutan konflik berterusan antara Hamas dengan negara jiran Israel di Jaluran Gaza.

Ia bukanlah keadaan yang beliau bayangkan, terutamanya pada 5 Oktober, apabila beliau berdiri di atas podium di Sukan Asia, tersenyum sedang pingat gangsa kategori kumite 68 kilogram wanita dikalungkan di lehernya.

Semangat juang yang ditonjolkan beliau di Hangzhou menjadikan Alqadi pemenang pingat Sukan Asia wanita pertama Palestin dan hanya yang kedua dari negara itu, sejak Munir Abu-Keshek, meraih gangsa dalam pertandingan tinju lelaki lebih dua dekad lalu.

Bagaimanapun, sebarang perayaan, yang dirancang di ibu negara Palestin di Ramallah, Tebing Barat, tempat beliau berlatih selama 15 tahun, terpaksa ditunda.

Ketika atlet berusia 22 tahun itu terikat dalam pertarungan sengit untuk merebut gangsa dengan bekas pemenang pingat Sukan Asia Chao Jou dari Chinese Taipei, bumi kelahirannya itu tidak lama kemudian terperangkap dalam satu lagi pertempuran berdarah.

Hanya dua hari selepas kemenangannya, konflik meletus di Gaza.

Alqadi berkata dalam temu bual baru-baru ini:

“Memenangi pingat gangsa di Sukan Asia adalah salah satu hari paling gembira dalam hidup saya. Saya akhirnya dapat menaikkan bendera negara saya dalam acara yang begitu besar, walaupun dengan persiapan yang tidak menyeluruh dalam keadaan serba kekurangan di Palestin.

“Memandangkan ia adalah pingat pertama untuk Palestin dalam Sukan Asia dalam tempoh lebih 20 tahun dan ia dimenangi oleh seorang atlet wanita, orang ramai sangat gembira dan teruja.

“Kemenangan saya menjadi perbualan ramai penduduk Palestin dan ucapan tahniah tidak henti-henti kepada saya, keluarga saya, jurulatih saya.

“Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama. Dua hari kemudian, perang meletus. Segalanya berubah.”

Walaupun pingat gangsanya adalah satu perkembangan penting bagi sukan Palestin, konflik itu telah meletakkan tanda tanya kepada segala-galanya.

Alqadi, yang masih berpangkalan di Ramallah, berkata:

“Selepas Sukan Asia, saya berharap dapat menyertai kejohanan dunia di Hungary pada 24 Oktober. Bagaimanapun, disebabkan keadaan, saya tidak dapat menyertainya.

“Ia adalah peluang yang baik untuk meningkatkan kesedaran tentang perkara yang berlaku kerana sukan ialah wadah yang baik untuk tujuan tersebut.

“Keadaan semasa di Palestin begitu mengerikan bagi semua rakyat Palestin dan atlet. Banyak kemudahan dan pertubuhan telah dibom, semua jalan antara bandar ditutup, ramai atlet dan pentadbir telah dibunuh.”

Walaupun masa depan masih tidak jelas untuk Alqadi, beliau memberi tumpuan kepada matlamat utamanya – untuk melihat bendera Palestin berkibar tinggi di kejohanan dunia dan membawa pulang emas untuk negaranya.

“Saya masih ingat semasa di podium (di Hangzhou), jika saya gembira kerana akhirnya dapat menaikkan bendera negara saya, bagaimana agaknya rasanya jika saya memenangi pingat emas dan membuat seluruh penonton mendengar suara Palestin, mendengar lagu kebangsaan?

“Betapa gembira dan bangganya saya pada masa itu? Jadi itu kini menjadi pembakar semangat saya.”

Pada masa yang sama, Alqadi juga ingin menyebarkan mesej harapan dan keamanan.

“Saya ingin memberitahu kepada semua atlet, terutama atlet muda, agar tidak putus harapan dan terus bekerja keras, mengharapkan masa depan yang lebih baik dan aman di mana kita semua boleh mencapai impian kita dan menjadi atlet yang hebat.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >