Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TRIATLON

Atlet profesional, amatur bersaing di Terbuka Asia

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



TRIATLET amatur akan dapat merasakan keseronokan berenang di Marina Bay buat pertama kali dalam Terbuka Asia Pertubuhan Triatlet Profesional (PTO) yang julung kalinya diadakan, selepas penganjur mendedahkan balapan perlumbaan pada Khamis.



Acara pada 19 hingga 20 Ogos itu akan menyaksikan atlet profesional dan amatur bersaing dalam renang air tawar sejauh 2 kilometer, berbasikal litar bandar tertutup 80 kilometer dan larian empat pusingan 18 kilometer, yang akan membawa mereka menikmati pemandangan Jambatan Helix, Marina Bay Sands, Merlion, Singapore Flyer, Esplanade dan daerah kewangan Marina Bay.



Walau bagaimanapun, peserta perlu menjadi perenang yang cekap - mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka telah bertanding dalam acara renang air terbuka sejauh 1.5 kilometer atau lebih jauh sejak 1 Jun 2022, pada kadar masa 2 minit 30 saat setiap 100 meter atau lebih pantas, serta mengesahkan bahawa mereka telah menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga acara renang air terbuka.



Ini adalah Terbuka Asia sulung, selepas PTO pada 18 Jan mengumumkan perkongsian bertahun-tahun dengan Lembaga Pelancongan Singapura dan Majlis Sukan Singapura untuk mengembangkan siri jelajahnya ke benua itu.



Warga Australia Ashleigh Gentle, triatlet nombor satu dalam ranking dunia PTO, berkata: "Saya telah bertanding di Singapura beberapa kali...Jadi, saya rasa dekat pada tempat ini.



"Tetapi, jelas sekali dengan Terbuka Asia PTO, pengalaman perlumbaan akan naik ke peringkat seterusnya untuk golongan profesional.



"Tetapi juga untuk pemain amatur, yang berpeluang berlumba di balapan 100 kilometer yang sama."



Ketua Pegawai Eksekutif PTO Sam Renouf berkata:



"Hanya beberapa acara sukan utama di seluruh dunia menawarkan peluang kepada amatur untuk bersaing di samping atlet terbaik di dunia. Anda boleh melakukannya dengan Jelajah PTO - dan apa yang menjadikan perlumbaan ini lebih istimewa adalah peluang unik untuk memulakan perlumbaan di Marina Bay yang ikonik."



Terdapat juga pelbagai perlumbaan amatur pada hujung minggu itu, dengan butiran lanjut akan diberikan pada tarikh kemudian. Pendaftaran umum dibuka pada tengah hari Khamis dan maklumat lanjut boleh didapati di protriathletes.org.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >