Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Atlet SG di Sukan SEA penuhi jangkaan; masa depan cerah

Raih 47 emas, 46 perak dan 71 gangsa satu persembahan 'cemerlang', kata Ketua Institut Sukan S'pura
May 23, 2022 | 05:30 AM



TEAM Singapore melabuh tirai saingan Sukan SEA di Vietnam dengan pencapaian yang baik dengan agensi sukan negara meramalkan "masa depan yang cerah" bagi sukan republik ini.



Meskipun tidak menetap sebarang sasaran pingat sebelum ini, kontinjen Singapura yang merangkumi 424 atlet dan beraksi dalam 33 cabang sukan di temasya Vietnam berjaya merangkul 47 pingat emas, 46 perak dan 71 gangsa (sehingga akhbar ini dicetak).



Mengulas persembahan baik atlet Singapura di Hanoi, Ketua Institut Sukan Singapura (SSI), Dr Su Chun Wei, berkata atlet negara telah memenuhi jangkaan di temasya ini.



"Team Singapore telah mencatatkan yang terbaik... kami bangga dengan apa yang telah kami capai.



"Kami mahu Team Singapore tidak berpuas hati dengan apa jua pencapaian, dan mesti sentiasa menyasarkan untuk melakukan yang lebih baik.



"Jadi saya mesti katakan, kami telah mencapai sasaran dan jangkaan kami dalam ramalan kami," katanya dalam satu sidang media yang berlangsung di Hotel Hyatt Regency bersama cef-de-mission (CDM) kontinjen, S. Sinnathurai, dan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Encik Chris Chan, semalam.



Prestasi negara di Sukan SEA kali ini adalah yang ketiga terbaik di temasya di luar negara - di belakang temasya di Kuala Lumpur pada 2017 (menang 58 emas) dan Filipina pada 2019 (menang 53 emas) di mana Team Singapore menampilkan kontinjen yang jauh lebih besar.



Atlet negara juga mencatat lima rekod baru temasya, 12 rekod nasional serta 34 catatan peribadi terbaik - membantu negara menduduki tangga kelima dalam carta pungutan keseluruhan pingat.



Sukan renang meneruskan tradisi cemerlang - membolot 21 emas, 11 perak dan 12 gangsa di temasya kali ini.



Sukan-sukan lain yang menunjukkan prestasi membanggakan termasuk lawan pedang (enam emas, empat perak dan lima gangsa) dan boling (tiga emas, satu perak dan tiga gangsa).



Pencak silat turut menunjukkan persembahan terbaik dengan membawa pulang 11 pingat - empat emas, tiga perak dan empat gangsa. Ia mengatasi pungutan pingat terbaik sebelum ini - di edisi 2003 yang juga di Hanoi - apabila pesilat Singapura menang tiga emas, dua perak dan 10 gangsa.



Dr Su juga berpuas hati dengan prestasi 245 atlet negara yang membuat penampilan pertama mereka di temasya sukan dwitahunan ini. Mereka membentuk 57 peratus dari keseluruhan kontinjen negara.



Dalam pada itu, Dr Su menggesa badan sukan nasional (NSA) untuk terus menyokong atlet negara sedang mereka menyahut cabaran menuju Sukan SEA 2029 yang bakal diadakan di tanah air.



"NSA perlu memberi tumpuan kepada perkara asas, menyokong atlet dan tahu akan setiap peringkat kehidupan atlet serta meletakkan rancangan jangka panjang.



"Dengan itu, atlet tahu bahawa sedang mereka meneruskan perjalanan, mereka mempunyai keyakinan adanya pasukan yang akan menyokong mereka.



"Saya rasa ini adalah faktor kejayaan utama yang sangat penting agar mereka terus kekal dan terus bersaing untuk Team Singapore," ujar beliau.



Dr Su menambah sistem prestasi tinggi negara juga mengambil kira dan menyokong atlet dalam semua tahap, termasuk mereka yang menjalani perkhidmatan negara (NS).



"Sistem prestasi tinggi Singapura mengambil kira setiap peringkat kehidupan atlet Team Singapore, dan sudah tentu NS adalah salah satu daripadanya. Falsafah sokongan kami mengambil kira NS, kami ingin sangat menyokong mereka dan menyepadukan mereka ke dalam pelan latihan dan sokongan," kata beliau sebagai menjawab komen daripada jaguh renang Joseph Schooling baru-baru ini yang menyarankan agar diadakan dialog nasional mengenai memenuhi jangkaan atlet yang sedang menjalani NS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >