Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet S'pura catat prestasi luar biasa di Sukan Paralimpik

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



TEAM Singapore menunjukkan prestasi luar biasa di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berakhir secara rasmi hari ini.



Singapura yang menyertai acara sukan paralimpik ini buat tahun kesembilan, mengakhiri kempen di Jepun kali ini dengan dua pingat emas oleh ratu renang negara, Yip Pin Xiu.



Ini merupakan prestasi kedua terbaik Singapura dalam acara sukan paralimpik itu, selepas kemenangan dua pingat emas dan satu pingat gangsa semasa Sukan Paralimpik Rio 2016.



Menurut kenyataan Majlis Paralimpik Nasional Singapura semalam, Yip, 29 tahun, merupakan atlet warga Singapura pertama mempertahan pingat emas Paralimpik beliau.



"Saya gembira dan rasa diberi penghormatan dapat membanggakan Singapura. Ini satu perjalanan yang lama dan mencabar tetapi setelah mendengar Majulah Singapura dimainkan dan melihat bendera negara berkibar tinggi di Pusat Akuatik Tokyo, semuanya berbaloi," ujar Yip yang mengucapkan terima kasih kepada semua warga Singapura atas sokongan mereka.



Atlet Singapura menyertai 18 acara dalam enam sukan, dengan meraih tujuh rekod peribadi terbaik, lima rekod nasional baru dan dua rekod musim terbaik.



Antara mereka termasuk Muhammad Diroy Noordin yang mencatat rekod nasional baru dengan mencapai rekod peribadi terbaik 9.92 meter dalam acara lontar peluru besi lelaki kategori F40.



Chef de Mission (CDM) pasukan Singapura, Cik Shirley Low, berkata atlet negara ini telah menunjukkan sikap profesional.



"Mereka telah menyatukan warga Singapura dan saya tahu warga Singapura juga bangga diwakili mereka.



"Saya juga ingin merakam penghargaan kepada Jepun dan semua penduduk Jepun kerana menjadi tuan rumah yang baik budi dan menganjurkan acara sukan bertaraf dunia yang sungguh baik dalam keadaan yang mencabar," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >