Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN KOMANWEL

Atlet Team SG buat penyesuaian selepas diberi penginapan berbeza

Jul 28, 2022 | 07:41 AM



ATLET Team Singapura di Birmingham sedang menyesuaikan diri dengan baik walaupun tempat penginapan yang diberikan berbeza daripada di edisi Sukan Komanwel sebelum ini.



Berbeza daripada edisi lalu di mana semua atlet diberi tempat penginapan pusat di Perkampungan Sukan, atlet-atlet kini dibezakan mengikut jenis sukan di empat tempat penginapan berasingan.



Sebagai contoh, atlet gimnastik dan renang Singapura menginap di Universiti Birmingham, sementara pemain tenis meja menginap di Hotel Hilton, yang terletak berhampiran gelanggang pertandingan di Pusat Pameran Nasional.



Namun, bercakap kepada The Straits Times, atlet gimnastik negara Terry Tay - yang turut beraksi di Sukan Komanwel Glasgow pada 2014 - berkata perubahan itu bukan satu cabaran besar bagi beliau dan tidak terlalu mengganggu atlet.



"Tentunya, adalah senang jika kita semua di satu tempat, tetapi saya faham kami diasingkan supaya berada lebih dekat dengan dewan pertandingan... ini menjimatkan masa ulang-alik sepanjang pertandingan.



"Dari segi praktikal pula, ini lebih logik... tapi saya tidak akan berkata aturan ini lebih baik atau tidak, kerana setiap acara sukan ada ciri-ciri tersendiri dan inilah yang membuatnya menarik," kata beliau.



Perenang, Teong Tzen Wei, yang tiba di Birmingham bersama rakan renang, sejak Ahad lalu, berkata beliau senang hati kerana atlet mempunyai bilik sendiri, tetapi ruang dikongsi juga disediakan supaya mereka boleh berkumpul dengan rakan sepasukan.



"Pengalaman ini adalah baik kerana saya berdekatan dengan rakan sepasukan dan berinteraksi dengan mereka membantu mengalihkan pandangan kami daripada pertandingan yang menjelang."



Dalam pada itu langkah pengurusan selamat bagi Covid-19 lebih longgar di Britain, dengan memakai pelitup tidak dijadikan mandatori.



Namun, atlet Team Singapura tidak berasa terlalu prihatin.



Ada langkah-langkah keselamatan dalaman yang telah dilaksanakan bagi rombongan dari Singapura, seperti memakai pelitup, pengawasan kesihatan harian dan ujian kerap.



Atlet dan pegawai dimestikan mengambil ujian PCR di Singapura dan setibanya di Birmingham, sebagaimana yang ditetapkan penganjur.



Teong berkata:



"Mereka telah melakukan usaha yang baik dengan mengenakan ujian praketibaan, itulah yang boleh dilakukan mereka untuk mengenal pasti kes positif.



"Para relawan, kakitangan keselamatan dan staf lain juga memakai pelitup...justeru, saya tidak begitu bimbang dijangkiti Covid-19."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >