Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA HANOI

Atlet terjun indah menang pingat pertama Team SG

May 10, 2022 | 05:30 AM



ATLET terjun indah Singapura, Avvir Tham, memenangi pingat pertama republik ini di Sukan SEA Hanoi menerusi acara terjun indah lelaki 1 meter papan anjal yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh semalam.



Dalam acara yang secara tradisi dikuasai oleh para peserta Malaysia itu, Tham, 17 tahun, yang membuat penampilan pertamanya di temasya sukan itu, mempamerkan potensinya dengan mencatatkan 286.40 mata daripada enam pusingan untuk menyumbangkan pingat perak kepada Team Singapore.



"Ia (kejayaan memenangi pingat) sangat hebat sekali. Seolah-olah segala kerja keras yang dilakukan sepanjang tahun ini berbaloi," ujar Tham semasa ditemui wartawan di akhir acaranya itu.



Perjalanan beliau untuk memenangi pingat dalam pertandingan itu juga bukanlah semudah yang dijangka.



"Berbanding papan anjal di Singapura, papan di sini jauh lebih lembut. Jadi, saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan melompat dengan tinggi.



"Namun, dengan bimbingan jurulatih saya dan beberapa sesi latihan di sini, saya dapat menunjukkan prestasi seperti yang dilakukan semasa latihan," kata pelajar Sekolah Sukan Singapura itu.



"Dalam percubaan terakhir saya, saya rasa sangat gementar.



"Namun, saya berfikir betapa penatnya saya telah berlatih untuk berada di sini. Jadi, saya bertekad melakukan yang terbaik dan apa yang terjadi selepas itu, saya harapkan yang terbaik," katanya sambil tersenyum.



Sebaik markah terakhir Tham terpapar pada skrin, sorakan besar dari kontinjen Singapura menggegarkan pusat akuatik itu yang dihadiri lebih 150 orang.



Malaysia menamatkan saingan acara itu dengan pingat emas dan gangsa melalui Ooi Tze Liang dan Betrand Rhodict.



Ooi terbukti terlalu handal dengan mencatatkan 377.70 mata - meninggalkan para pesaing lain jauh di belakang.



Betrand pula mengumpulkan 284.90 mata untuk melengkapkan tiga peserta di podium.



Dalam acara lain, duo atlet terjun indah negara, Ashlee Tan Yi Xuan dan Fong Kay Yian, gagal menyempurnakan peluang mereka dalam terjun berirama wanita 3 meter platform.



Mereka sekadar di tempat terakhir antara tiga kumpulan yang bertanding dan mencatatkan 229.41 mata daripada lima pusingan.



Emas milik duo Malaysia, Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying, yang mencatatkan 276.30 mata manakala perak milik tuan rumah Vietnam melalui Mai Hong Hanh dan Phuong Mai Ngo yang mendapat 237.57 mata.



Bagi kontinjen Singapura, ia agak mengecewakan terutama sekali bagi Fong yang pernah memenangi pingat perak dalam acara sama pada temasya itu pada 2019.



Meskipun begitu, Fong berpeluang menebus kekecewaannya apabila bertanding dalam acara terjun indah wanita 3 meter papan anjal hari ini.



Selain itu, Singapura juga berpeluang memburu pingat dalam acara acara terjun berirama lelaki 3 meter platform.



Dalam temasya Sukan di Filipina pada 2019, Singapura hanya mampu mengumpul sebutir perak dan dua gangsa dalam acara terjun indah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >