Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TERJUN UDARA TERTUTUP

Atlet terjun udara S'pura gondol 4 pingat emas di Czech Open 2023

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



ATLET negara bagi sukan terjun udara di tempat tertutup berjaya merangkul tujuh pingat - empat pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa - dalam kejohanan Czech Open 2023 di Prague, Januari lalu.



Dalam laporan The Straits Times semalam, ratu terjun udara berusia 20 tahun, Kyra Poh, menggondol keempat-empat pingat emas dalam kategori berbeza.



Setakat ini, beliau telah memenangi lebih 60 pingat sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam sukan tersebut, 45 daripadanya adalah pingat emas.



Beliau berkata: "Saya sangat teruja untuk menang empat pingat emas dalam pertandingan ini.



"Ia bukanlah mudah kerana terdapat ramai penerjun udara yang berbakat dari seluruh dunia.



"Namun saya lebih teruja untuk rakan sepasukan yang lebih muda seperti Kai Minejima-Lee dan adik saya Vera atas prestasi mereka dan menunjukkan keputusan baik terhadap kerja keras yang telah mereka lakukan."



Ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengasas iFly Singapore - tempat latihan bagi atlet terjun udara di sini - turut teruja melihat kejayaan pasukan.



Beliau berkata: "Di kala atlet profesional kita terus mencipta nama untuk diri sendiri, kami komited untuk sokong mereka... dengan menyediakan ruang kondusif untuk persediaan bagi pertandingan kelak."



Pasukan tersebut kini sedang membuat persiapan untuk pertandingan utama mereka yang seterusnya di Slovakia April ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >