Topik diikuti
Pergi ke BHkuAtletico dan Monaco percaya peluang belum terkubur
Premium
Atletico dan Monaco percaya peluang belum terkubur
May 9, 2017 | 5:30 AM
Atletico dan Monaco percaya peluang belum terkubur
PERLU MANTAP: Penyerang muda berbakat Monaco, Kylian Mbappe (depan), perlu menunjukkan sentuhan cemerlangnya jika mahu membantu pasukannya bangkit dalam pertemuan kedua dengan Juventus esok. - Foto AFP -
PARIS: Atletico Madrid dan Monaco akan berusaha mengatasi cabaran setinggi gunung menyusuli kekalahan perlawanan pertama dalam usaha melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.
Ketinggalan tiga gol apabila menerima kedatangan Real Madrid esok (2.45 pagi Khamis waktu Singapura) bagi pertemuan kedua separuh akhir, jurulatih Atletico, Diego Simeone, malah mendakwa bahawa peluang bagi pasukan lain bangkit daripada kedudukan itu "hampir mustahil" tetapi tidak pula bagi pasukan pimpinannya.
