Topik diikuti
Pergi ke BHkuAtlit boling negara sapu kesemua empat pingat emas
Apr 25, 2019 | 5:30 AM
Atlit boling negara sapu kesemua empat pingat emas
ATLIT boling negara berjaya membolot kesemua empat pingat emas yang dipertandingkan dalam Kejohanan Boling Tenpin Belia Asia di Kuching, Sarawak, kelmarin.
Pasukan boling lelaki Singapura yang terdiri daripada atlit muda, Brandon Ong, Eugene Yeo, Xavier Teo dan Jomond Chia, berjaya menamatkan kejohanan itu dengan berada di tempat pertama dengan menjatuhkan sebanyak 5,123 pin.