Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aubameyang wira Barcelona; West Ham turut mara ke suku akhir

Mar 19, 2022 | 7:36 AM
TIDAK MENYERAH KALAH: Aubameyang (kiri) meraikan golnya bersama rakan sepasukan Frenkie de Jong dalam kemenangan 2-1 Barcelona ke atas Galatasaray kelmarin. - Foto EPA-EFE
TIDAK MENYERAH KALAH: Aubameyang (kiri) meraikan golnya bersama rakan sepasukan Frenkie de Jong dalam kemenangan 2-1 Barcelona ke atas Galatasaray kelmarin. - Foto EPA-EFE -

PARIS/LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol kemenangan bagi membantu Barcelona bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Galatasaray 2-1 kelmarin dan mara ke suku akhir Liga Europa.

Selepas terikat tanpa jaringan di Camp Nou minggu lalu, Barca kendalian Xavi Hernandez ketinggalan pada pusingan kedua menerusi tandukan Marcao pada minit ke-28 di Istanbul.

Bagaimanapun Pedri, 19 tahun, menyamakan kedudukan sebelum rehat. Aubameyang kemudian menjadi wira pasukan apabila meledak gol ketujuhnya untuk kelab gergasi Sepanyol itu selepas mendapat hantaran Frenkie de Jong dalam babak kedua.

Barcelona kini akan memberi tumpuan untuk aksi Clasico menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu esok. Mereka berada di tangga ketiga La Liga dan ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu, Real.

"Kami menunjukkan perwatakan yang luar biasa dalam perlawanan," kata Xavi. "Ia persembahan hebat untuk bangkit di padang seperti ini... menentang sebuah pasukan yang mantap.

"Mereka tahu bagaimana untuk membendung serangan kami tapi kami beraksi dengan penuh sabar... saya gembira dengan pemain-pemain kami."

Sementara itu, West Ham menewaskan juara enam kali Sevilla 2-0 di Stadium London kelmarin untuk mara ke suku akhir Liga Europa dengan kelebihan agregat 2-1.

Ketinggalan satu gol pada perlawanan pertama, skuad kendalian David Moyes menyamakan kedudukan agregat menerusi Tomas Soucek pada minit ke-39.

Pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko, kemudian muncul sebagai wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan dan gol keduanya minggu ini selepas turut menemui sasaran ketika menentang Aston Villa dalam Liga Perdana.

Ia adalah suku akhir pertama West Ham di kejohanan berprestij Eropah itu sejak 1981. - AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg