Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Australia layak ke Piala Dunia setelah tewaskan Peru

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Australia menewaskan Peru melalui sepakan penalti kelmarin bagi menjamin tempat beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia 2022.



Perlawanan 'playoff' antara pasukan kelayakan Asia dan Amerika Selatan itu berakhir seri tanpa jaringan selepas 120 minit dan terpaksa diheret ke tendangan penalti.



Ia hanya ditentukan apabila pemain Peru, Alex Valera gagal menyempurnakan penalti keenam dan memberikan Australia kemenangan 5-4 di Stadium Ahmad bin Ali dekat Doha.



Australia yang menduduki ranking ke-42 dunia, kini akan beraksi di Piala Dunia buat kali keenam dan dijadual menentang juara bertahan, Perancis dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D pada 22 November.



Peru, yang berada di kedudukan ke-22 dunia dan menewaskan Australia 2-0 di peringkat kumpulan Piala Dunia 2018, akhirnya putih mata, dengan sekitar 10,000 penyokongnya yang hadir di stadium juga pulang dengan kecewa.



Pemain Australia, Martin Boyle gagal menyempurnakan penalti pertama pasukan, dengan sepakan penalti lain berjaya menemui sasaran.



Penjaga gol gantian Australia, Andrew Redmayne 'menari' di garisan gol untuk mengelirukan pemain Peru dan rembatan Luis Advincula terkena palang gawang sementara kesilapan Valera mencetuskan sambutan liar dalam kalangan pasukan Socceroos dan ratusan penyokong mereka.



Redmayne, 33 tahun, yang pernah cuba menyertai Arsenal ketika remaja, dimasukkan dengan permainan berbaki tiga minit.



"Beliau sangat bagus dalam menyelamatkan penalti dan saya melakukan sesuatu yang mampu memberikan kesan kepada mental mereka," kata jurulatih Graham Arnold dalam satu sidang media selepas perlawanan.



"Mereka mungkin bertanya kepada diri mereka, 'mengapa pemain ini dibawa masuk, dia mesti bagus'.



"Mungkin sebab itu mereka menyepak ke palang. Ia adalah usaha satu peratus yang mampu mengacau mental pemain Peru. Ia adalah risiko yang kami ambil tetapi berhasil," tambahnya.



Redmayne pula berkata:



"Saya tergamam sebentar. Ia adalah perlawanan berpasukan. Ia adalah usaha sepasukan jadi saya tidak dapat mengambil sebarang pujian lebih daripada 27 pemain lain yang berada di sini.



"Saya bukan wira, saya hanya memainkan peranan saya seperti yang dilakukan semua pemain malam ini." - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >