Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Autopsi dapati Maradona tidak ambil arak, dadah sebelum mati

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



BUENOS AIRES: Bintang bola sepak Argentina Diego Maradona tidak minum arak atau menggunakan bahan narkotik beberapa hari sebelum kematiannya, menurut satu autopsi yang didedahkan semalam.



Maradona, 60 tahun, yang meninggal dunia bulan lalu, telah menggunakan beberapa ubat untuk merawat kemurungan, keresahan dan penyakit lain, tetapi tiada dadah dilarang ditemui dalam tubuhnya, kata seorang pegawai yang dilantik mahkamah, bercakap kepada Reuters.



Penyiasat difahami sedang meneliti beberapa aspek kematian beliau - yang telah menggegarkan Argentina dan peminat bola sepak di serata dunia - dan masih belum memutuskan kematiannya adalah semula jadi.



Autopsi terkini yang menguji sampel darah dan kencing Maradona dan dilepaskan oleh Polis Saintifik Buenos Aires itu turut mendedahkan Maradona mempunyai penyakit ginjal, jantung dan peparu.



Ia memberi pengesahan bagi hasil autopsi pertama yang dilakukan terhadap Maradona serta-merta selepas kematian beliau dan menyifatkan kematiannya itu disebabkan radang peparu yang menyebabkan penyakit jantung.



Anak perempuan Maradona Gianinna, berkata hasil autopsi itu mencadangkan Maradona mengalami penyakit dengan simptom yang serupa dengan seseorang yang mengalami penyakit hati.



Maradona, yang membantu negaranya memenangi Piala Dunia 1986, dianggap sebagai antara pemain bola sepak terunggul dalam sejarah, tetapi hidupnya di luar padang dibayangi masalah ketagihan arak dan dadah yang mencalar legasinya.



Minggu lalu, seorang hakim berkata jenazah Maradona tidak boleh digali semula atau dibakar, kerana DNA Maradona mungkin diperlukan di masa depan dalam kes paterniti yang dihadapkan ke mahkamah.



Maradona mempunyai lima anak yang telah diterimanya, sementara lagi enam telah memohon kepada mahkamah supaya diiktiraf sebagai anak beliau.



Mereka sebahagian proses pemberian harta Maradona rumit yang sedang berlangsung di Argentina.



BBC, bulan lalu berkata Maradona difahami tidak meninggalkan wasiat dan dianggarkan meninggalkan harta sekitar $500,000. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >