Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Awas! Britain tunjuk taring ke final

Aug 06, 2021 | 05:30 AM



DINA Asher-Smith kembali ke balapan untuk membantu Britain mencatatkan rekod nasional baru dengan memenangi pusingan saringan perlumbaan lari berganti-ganti 4x100 meter dan menjadi pasukan pilihan untuk pingat emas dalam perlumbaan akhir hari ini.



Juara dunia 200 meter itu merupakan pelari ketiga dalam pasukan Britain dan kumpulan empat pelari itu mengakhiri perlumbaannya di hadapan pasukan Amerika dan Jamaica dengan masa 41.55 saat.



Asher-Smith, yang mengalami kecederaan peha pada Julai lalu, menarik diri daripada perlumbaan 200 meter, dan gagal melayakkan diri bagi perlumbaan akhir 100 meter.



Lain-lain pelari dalam pasukan Britain itu ialah Asha Philip, Imani-Lara Lansiquot dan Daryll Neita.



"Saya tidak pernah teragak-agak yang saya akan berlari dalam pasukan ini hari ini, kerana perlumbaan ini adalah sangat penting," kata Asher-Smith.



"Kami semua sudah berlatih dengan baik, dan mempunyai bakat, jadi saya tahu saya perlu berehat dan menyediakan diri saya untuk acara pasukan ini," katanya, yang memenangi gangsa dalam perlumbaan berganti-ganti 4x100 meter di Sukan Olimpik, Rio. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >