Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU - PIALA DUNIA: ENGLAND LAWAN SENEGAL

Awas England! Senegal bak singa sedia menerkam

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



LAWAN England seterusnya, Senegal akan turun padang dengan penuh keyakinan apabila bertembung di Qatar pada awal pagi esok - malah mereka tidak asing dalam mencatat kejutan besar dalam Piala Dunia.



Jurulatih England Gareth Southgate pasti menyedari Three Lions adalah pilihan untuk menang persaingan pusingan 16 pasukan terbaik itu, tetapi akan berdepan ujian sukar daripada skuad Senegal yang beliau menyifatkan sebagai "pasukan yang sangat bahaya".



Senegal menduduki tangga ke-18 dalam ranking dunia Fifa, manakala England adalah pasukan kelima terbaik dunia.



Bagaimanapun, Southgate, selepas kemenangan 3-0 ke atas Wales pada Rabu lalu, berkata tiada ruang untuk rasa berpuas hati dan anak didiknya akan mengkaji dengan teliti persaingan mereka.



"Bermula sekarang, apabila kami menaiki bas kembali ke hotel, kami akan mengkaji perlawanan mereka untuk mempersiapkan diri.



"Kami sudah tentu mengetahui beberapa individu, beberapa pemain hebat yang bermain dalam liga utama dalam Eropah dan yang juga beraksi di England."



Beliau menambah: "Kami tahu berdasarkan ranking kami akan menjadi pasukan pilihan untuk menang. Itu adalah hakikatnya. Tetapi, kami menentang pasukan yang sangat bahaya."



Senegal mempamerkan rekod mengagumkan semasa kelayakan ke pusingan akhir Piala Dunia - dan awal tahun ini mereka buat julung kalinya dinobatkan sebagai juara Piala Negara-Negara Afrika apabila menewaskan Mesir menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir.



SENEGAL



Digelar Lions of Teranga, mereka menjadi hanya pasukan kedua dari Afrika untuk mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia dengan persembahan yang tidak dapat dilupakan pada edisi 2002 kejohanan.



Mereka mencatat kemenangan menggemparkan ke atas Perancis, kemudian menewaskan Sweden dalam pusingan 16 pasukan terbaik sebelum akhirnya tumpas kepada Turkey.



Dua dekad kemudian, sejarah dapat berulang untuk Senegal.



Skuad tahun ini amat mengenali pesaing mereka, dengan kira-kira 10 pemain Senegal menyarung jersi kelab di England, antaranya bintang Chelsea, kapten Kalidou Koulibaly, dan penjaga gol Edouard Mendy.



Dalam ketiadaan Sadio Mane yang cedera, pemain Watford Ismaila Sarr diberikan tanggungjawab menjadi tunggak penyerang.



Walaupun hanya mampu menyumbat satu gol setakat ini menerusi tendangan penalti, Sarr memiliki kelincahan dan pergerakan untuk menyusahkan mana-mana lawan.



ENGLAND



England, namun, dapat menarik nafas lega sedikit kerana pemain midfield Everton Idrissa Gueye dikenakan penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning dalam pusingan kumpulan.



Dalam pada itu, England juga mengalami masalah mereka tersendiri - tetapi ia masalah yang baik.



Southgate pasti rambang mata untuk menurunkan barisan pemain paling kuatnya esok, terutama menyusuli persembahan cemerlang Marcus Rashford and Phil Foden, Rabu lalu.



Kedua-dua pemain itu mendapat kepercayaan Southgate untuk memulakan perlawanan menentang Wales, dan Rashford dan Foden tidak menghampakan apabila masing-masing menjaringkan dua dan satu gol.



Dalam perlawanan sebelumnya - menang 6-2 ke atas Iran dan seri 0-0 dengan Amerika Syarikat - Southgate memilih menggunakan gabungan Raheem Sterling dan Bukayo Saka di bahagian sayap untuk menyokong penyerang Harry Kane.



Bekas pemain pertahanan Manchester United Gary Neville yakin Rashford, 25 tahun, akan dapat mengekalkan tempat untuk perlawanan esok.



"Dia telah beraksi sedemikian selama enam bulan lalu di Manchester United," kata Neville kepada Sky Sports. "Dia sudah kembali di tahap terbaiknya.



"Dia adalah bakat yang besar, dia boleh berkembang dan dia akan terus berkembang dan ia menggembirakan untuk melihatnya menyarung jersi England."



Neville juga memuji persembahan Foden, memandangkan pemain Manchester City itu hanya mampu duduk di bangku simpanan sepanjang perlawanan berdepan AS.



"Saya fikir dia bermain dengan baik sebab ada tekanan diletakkan padanya, ada tumpuan besar daripada semua orang terhadapnya," ulas Neville.



"Saya akan gembira jika kedua-dua pemain ini diturunkan, tetapi saya suka Sterling, saya juga suka Saka jadi saya benar-benar tidak mengeluh jika mereka dibariskan.



"Sterling cemerlang di bawah Gareth jadi sukar untuk meramalkan... Saya fikir Rashford dan Foden adalah dua pemain cemerlang (menentang Wales) yang kelihatan bahaya."




SENEGAL TAHU RAHSIA ENGLAND



"Skuad tahun ini amat mengenali pesaing mereka (England), dengan kira-kira 10 pemain Senegal menyarung jersi kelab di England, antaranya bintang Chelsea, kapten Kalidou Koulibaly dan penjaga gol Edouard Mendy.''



SOUTHGATE ‘RAMBANG MATA’



"Southgate pasti rambang mata untuk menurunkan barisan pemain paling kuatnya esok, terutama menyusuli persembahan cemerlang Marcus Rashford and Phil Foden Rabu lalu.
Kedua-dua pemain itu mendapat kepercayaan Southgate untuk memulakan perlawanan menentang Wales, dan Rashford dan Foden tidak menghampakan apabila masing-masing menjaringkan dua dan satu gol.''




JADUAL PERLAWANAN



Hari ini, 11 mlm



Perancis lwn Poland



Esok pagi, 3 pagi



England lwn Senegal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >