Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON MASTERS INDONESIA

Axelsen bukti terbaik dunia, juarai Masters Indonesia

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



JAGUH badminton Denmark, Viktor Axelsen, muncul juara perseorangan lelaki di kejohanan Masters Indonesia kelmarin apabila menewaskan pemain dari Taiwan, Chou Tien-chen, dalam straight set.



Pemain nombor satu dunia itu menewaskan Chou 21-10, 21-12 dalam pertarungan selama 41 minit yang berlangsung di arena sukan Istora Senayan di Jakarta.



"Saya suka beraksi di Istora dan saya sentiasa memandam impian dapat memenangi kejohanan di Istora. Ia adalah tempat bertaraf legenda, jadi untuk mencapainya adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi saya," kata Axelsen yang berusia 28 tahun.



Axelsen mara ke final selepas menewaskan pemain utama tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting, di separuh akhir.



Dalam final perseorangan wanita pula, pemain dari China, Chen Yufei, mengatasi pemain dari Thailand, Ratchanok Intanon, untuk merangkul kejuaraan.



Ini adalah kemenangan pertama sejak Chen meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu.



Beliau mengalahkan Ratchanok, yang memenangi gelaran perseorangan wanita Masters Indonesia pada 2020, dalam tiga set yang berakhir 21-16, 18-21, 21-15.



"Saya sangat gembira mendapat pingat emas hari ini. Saya menghadapi beberapa kesukaran semasa permainan tetapi saya gembira dapat mengatasinya dan mencapai kemenangan ini," kata pemain nombor empat dunia itu.



Chen melangkah ke final selepas menewaskan rakan senegaranya, He Bingjiao, 21-17, 21-14 di peringkat separuh akhir.



Menyusuli kejohanan Masters itu, Terbuka Indonesia dijangka bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 19 Jun.



Kededua pertandingan itu diadakan semula selepas hampir tiga tahun 'menghilang' akibat Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >