Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ayam tambatan

Dec 4, 2022 | 5:30 AM
Kylian Mbappe. - Foto AFP
Kylian Mbappe. - Foto AFP -

Poland: WOJCIECH SZCZESNY

PENJAGA gol Wojciech Szczesny telah dipuji sebagai salah seorang pakar penalti terbaik di dunia oleh bekas pemain England, Rio Ferdinand dan Alan Shearer, selepas beliau menghalang sepakan Lionel Messi ketika menentang Argentina Rabu lalu.

"Szczesny adalah salah satu penjaga gol terbaik di dunia untuk menyelamatkan sepakan penalti. Penjaga gol dan jurulatih akan menganalisisnya," kata Ferdinand kepada BBC One.

Bekas pemain pertahanan Argentina dan Manchester City, Pablo Zabaleta, menyuarakan sentimen yang sama walaupun kecewa bahawa Argentina telah mensia-siakan peluang keemasan itu, dan berkata:

"Pujian harus diberikan kepadanya kerana dia menyelamatkan sepakan dengan hebat. Dia sangat bagus di Piala Dunia ini, penjaga gol yang hebat untuk Poland."

Penjaring gol terbanyak Liga Perdana England, Shearer, melabelkan aksi Szczesny tersebut sebagai "halangan yang sangat bagus".

Aksi akrobatik terbaru pemain berusia 32 tahun itu berlaku hanya beberapa hari selepas beliau menyelamatkan satu lagi penalti ketika menentang Arab Saudi, menyerlahkan prestasi luar biasa Szczesny dalam situasi penuh tekanan.

Perancis: KYLIAN MBAPPE

JURULATIH Perancis Didier Deschamps merehatkan beberapa bintangnya dalam kekalahan 0-1 mereka kepada Tunisia Rabu lalu, yang bermakna Kylian Mbappe adalah antara pemain yang cukup "segar" untuk menentang pasukan Poland yang nyaris berjaya ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) berusia 23 tahun itu telah menjadi tunggak pasukan juara bertahan Perancis di Qatar sejauh ini.

Dalam dua perlawanan pertama pusingan kumpulan, Mbappe menjaringkan tiga gol untuk negaranya, meletakkan beliau dalam persaingan untuk memburu anugerah penjaring gol terbaik atau 'Golden Boot' Piala Dunia 2022, di samping Enner Valencia (Ecuador), Cody Gakpo (Belanda) dan Marcus Rashford (England).

Mbappe memainkan peranan penting dalam kejayaan Piala Dunia Perancis empat tahun lalu, meledakkan empat gol dalam tujuh perlawanan di Russia.

Semasa kejohanan itu, bintang Perancis itu bukan sahaja menjadi penjaring gol termuda negaranya di Piala Dunia (19 tahun 183 hari), tetapi juga hanya remaja kedua yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia selepas ikon Brazil Pele melakukannya menentang Sweden pada 1958 .

Mbappe juga beraksi mantap untuk Paris Saint-Germain musim ini, dengan 19 gol dalam 20 perlawanan untuk gergasi Ligue 1 itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg