HAKIM ZIYECH
SEMENTARA Romain Saiss dan Nayef Aguerd berkemungkinan sibuk mempertahankan benteng Maghribi, anak didik Walid Regragui juga dijangka membawa ancaman di satu lagi hujung bahagian padang - terutamanya melalui pengatur serangan Chelsea, Ziyech.
Ziyech telah membuat lebih banyak hantaran ke dalam kotak penalti (17) dan mencipta lebih banyak peluang jaringan (empat) berbanding mana-mana pemain Maghribi lain dalam Piala Dunia, serta mendahului rakan sepasukannya bagi penggelecekan bola (43) dan gabungan jarak ketika menggelecek bola (477.6 meter).
Walaupun kehebatan serangan balas Ziyech jelas, beliau juga menjaringkan gol Piala Dunia sulungnya dalam perlawanan sebelum ini, dan pemain berusia 29 tahun itu boleh menyebabkan masalah untuk pasukan Sepanyol.
Ayam Tambatan Sepanyol
ALVARO MORATA
SEMENTARA pengatur serangan Barcelona, Gavi dan Pedri telah menarik tumpuan ramai untuk Sepanyol di Qatar, ia selalunya kelebihan tipis yang dapat menentukan kemenangan dalam perlawanan kalah mati - dan sumbangan Morata mungkin menjadi kunci.
Walaupun dikecam oleh sesetengah peminat, Morata telah beraksi konsisten di depan gol dalam kejohanan ini, menyumbat gol dalam setiap daripada tiga penampilannya meskipun hanya bermain selama 126 minit.
Morata memulakan dua daripada tiga perlawanan kalah mati Sepanyol di Euro 2020 tahun lalu, dan sekiranya beliau dapat membayar balik kepercayaan Luis Enrique terhadapnya dengan satu lagi gol, beliau akan menyertai David Villa sebagai pemain kedua Sepanyol yang menjaringkan gol dalam empat perlawanan Piala Dunia berturut-turut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg