Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badminton: Lee Chong Wei rebut mahkota All England keempat

Mar 13, 2017 | 8:29 AM
Lee Chong Wei meraikan kemenangannya ke atas Shi Yuqi (kanan) dalam final kejohanan badminton All England di Arena Barclaycard Arena, Birmingham pada Ahad (12 Mac).
Lee Chong Wei meraikan kemenangannya ke atas Shi Yuqi (kanan) dalam final kejohanan badminton All England di Arena Barclaycard Arena, Birmingham pada Ahad (12 Mac). - GAMBAR REUTERS

LONDON: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, merangkul gelaran badminton All England keempat beliau pada Ahad (12 Mac), selepas menewaskan pemain China Shi Yuqi dalam acara akhir perseorangan lelaki di Arena Barclaycard di Birmingham.

Pemain Malaysia berusia 34 tahun itu, yang bermain dalam perlawanan akhir All England ketujuh beliau, terlalu kuat untuk pemain muda bukan pilihan itu, memenangi perlawanan 21-12, 21-10.

Lee, yang sedang pulih daripada kecederaan lutut, selesa sepanjang perlawanan 45 minit itu dengan menunjukkan pengalaman luas dan kemahiran lebih baik bagi menjuarai satu lagi kejohanan besar.

"All England kejohanan kegemaran saya kerana saya berasa seperti bermain di rumah setiap kali saya melihat aksi di sini. Para peminat hebat dan saya akan kembali tahun depan," kata Lee.

Sebelum acara berprestij itu, beliau berkata "edisi Kejohanan All England ini mungkin yang terakhir bagi saya sebelum saya bersara".

Beliau turut memenangi gelaran itu pada 2010, 2011 dan 2014. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg