Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Badminton, menembak hanya mampu perak

May 23, 2022 | 05:30 AM



PENANTIAN Singapura untuk membawa pulang pingat emas Sukan SEA dalam acara perseorangan lelaki badminton berterusan.



Loh Kean Yew, 24 tahun, hanya mampu merangkul pingat perak selepas tewas di tangan warga Thailand, Kunlavut Vitidsarn, pemain nombor 18 dunia, 13-21, 13-21 dalam final di Gimnasium Bac Giang dekat wilayah Bac Giang luar Hanoi, semalam.



Ditemui media selepas kekalahannya, Loh berkata:



"Saya pastinya boleh bermain lebih baik daripada persembahan hari ini. Dari segi perasaan (selepas perlawanan), saya rasa amat letih tetapi saya melalui perjalanan yang bagus (dalam Sukan SEA ini).



"Masa untuk berehat buat seketika sebelum saya kembali berlatih semula."



Kali terakhir Singapura memenangi acara itu adalah hampir empat dekad lalu dalam edisi temasya sukan 1983 di gelanggang sendiri menerusi Wong Shoon Keat.



Ini merupakan pingat perak kedua Loh, juara dunia yang kini menduduki ranking dunia ke-10, dalam temasya sukan ini.



Loh sebelumnya pernah menggondol pingat perak di edisi Filipina pada 2019 dan gangsa pada 2015 di gelanggang sendiri dalam acara itu.



Di Hanoi, Singapura sudah meraih lima pingat gangsa menerusi acara berpasukan lelaki serta wanita, beregu lelaki serta wanita dan perseorangan lelaki.



Singapura turut membolot beberapa lagi pingat dalam arena menembak dan e-sukan.



Dalam final acara pistol standard 25 meter individu lelaki, Lin Swee Hon meraih pingat perak selepas merakam 562 mata.



Rakan senegara Gai Bin (551 mata) hanya mampu menduduki tempat kesembilan daripada 17 pesaing di Pusat Menembak dalam Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi semalam.



Pingat gangsa turut diraih dalam acara berpasukan 'League of Legends' campuran apabila Singapura menang 3-1 menentang Malaysia.



Pasukan negara diwakili Dominic Low, Lee Chen Ming, Mervyn Yee, Winston Tai, Teo Jia Xiang, Timothy Lim dan Wayne Aw.



Sehingga lewat petang semalam, Singapura berjaya menggondol 47 emas, 46 perak dan 71 gangsa sepanjang dua minggu pertandingan.



Pungutan pingat itu meletakkan Singapura di tangga kelima daripada 11 negara Asia Tenggara. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >